Tuesday, June 9, 2009

Frust! Jangan terus meraung..

Perasaan kecewa dan kesal memang sudah sinonim dengan dunia remaja. Masalah keluarga, putus cinta, gagal dlm peperiksaan mahupun dalam temuduga adalah antara punca utama boleh menimbulkan perasaan kecewa dan kesal. Kebiasaannya apabila sudah terkena 'penyakit' kecewa, ramai yg sukar mengikisnya.

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa :

Terima kenyataan

Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yg menentukan. Sebagai manusia biasa kamu seharusnya percaya kamu tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Cuma apa yg boleh kamu lakukan ialah berusaha mengubah nasib dirimu dan dalam masa yg sama kamu harus bersedia utk menerima apa yg telah ditetapkan utk kamu. Ada ketikanya kamu bernasib baik, tetapi ada masanya kamu juga diuji dengan pelbagai dugaan. Anggaplah rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yg diberikan kepada kamu. Hadapinya dengan tenang dan redha kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kamu supaya lebih berhati² dan menjadikan kamu insaf.


Berfikir

Setiap kali kamu ingin membuat sebarang keputusan, senaraikan pro dan kontranya terlebih dahulu. Ini bagi memastikan kamu tidak tersalah dalam membuat sebarang keputusan dan juga menyesal di kemudian hari. Namun andai kamu tetap tersalah mencatur keputusan tersebut, sekurang²nya kamu tidak lagi berasa terlalu kecewa kerana kamu telah berfikir sehabis baik. Mungkin bukan rezeki kamu untuk mendapatkannya.



Positif

♦ Cuba kenang kembali peristiwa² lain yg pernah mengecewakan kamu sebelum ini. Mungkin kamu akan sedar kebahagiaan yg dimiliki hari ini disebabkan pengalaman silam kamu. Walau bagaimanapun, diakui memang sukar utk berfikiran positif terutama apabila berdepan dengan sesuatu tragedi yg menyakitkan. Tetapi jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yg pernah kamu lakukan dlm hidup. Ia pasti banyak membantu apabila kamu berdepan rasa kecewa.



Luahkannya

♦ Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya kamu boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress). Apa yg penting, kamu perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada org yg lebih rapat dengan kamu. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu yg paling sesuai. Jika kamu mengadu dan meluahkan apa yg ditanggung sedikit sebanyak itu pasti akan reda dengan pujukan, nasihat, dan semangat yg kamu peroleh daripada mereka.



Beri tumpuan pada hidup

Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat yg kamu inginkan. Apabila kamu mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yg penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui kamu sehingga membuatkan kamu kecewa.



Mulakan hidup baru

♦ Setelah kamu rasa kamu cukup kuat untuk melupakan segala kekecewaan. Berusahalah untuk mengubah hidup kamu menjadi orang baru agar kamu dapat terus mengucapkan selamat tinggal kepada kekecewaan. Apa yg boleh kamu lakukan dalam usaha untuk mencari kegembiraan, kamu hendaklah melakukan sesuatu untuk mengalihkan tekanan tersebut kepada satu keadaan yg kamu sendiri rasa bahagia dan gembira. Berikut adalah aktiviti² yg dicadangkan untuk kamu amalkan dalam membina hidup yg baru.


☺ Tumpukan perhatian kepada membaca serta peruntukan masa untuk membaca perkara² yg diminati. Dengan cara ini kamu dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.


☺ Jauhkan diri daripada orang yg boleh menyebabkan masalah pada dirimu.


☺ Memberi bantuan kepada mereka yg memerlukan.


☺ Melibatkan diri dalam sukan seperti bermain badminton, bersenam, berjoging dan sebagainya.


☺ Berjumpa dengan kawan² lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah² silam yg membahagiakan.


☺ Meraikan kawan² misalnya menyambut ulang tahunnya sama ada datang ke rumag atau berjumpa di luar.


☺ Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain.


☺ Belajar sesuatu yg baru dan memahirkan diri dalam sesuatu bidang.


☺ Membuat orang lain gembira dan ketawa secara tidak langsung akan menggembirakan diri sendiri.


☺ Jadikan diri seorang pendengar yang baik. Apabila kita mendengar masalah orang lain, ia juga akan menyedarkan kita bukan kita sahaja yg bermasalah di dunia ini.

☺Melakukan hobi seperti mendengar muzik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya.





No comments: