Thursday, June 18, 2009

8 Cara Untuk Atasi Pertengkaran.


SECARA REALITINYA TIDAK ADA SEORANG PUN DALAM DUNIA INI YANG SEMPURNA. TIDAK KITA MACAM MANA PUN KITA BERUSAHA, MACAM MANA SAYANG ATAUPUN CINTANYA KITA KEPADA SI DIA. KADANG KALA ADA BENDA² YANG BOLEH MENIMBULKAN SALAH FAHAM DAN MENGUNDANG RASA MARAH KITA KEPADA SI DIA. IDEA MACAM MANA KAMU NAK MENGELAKKAN PERTENGKARAN MENJADI BERPANJANGAN. LAIN KALI BILA KAMU BERTENGKAR, CUBA INGAT LAPAN PERKARA INI, MUNGKIN IA MAMPU MENOLONG KAMU BERDUA...



1. BERIKAN DIA KESEMPATAN DAN RUANG UNTUK MELUAHKAN APA YANG MEMBUATKAN DIA MARAH.

Mesti kamu tak suka bila kamu tengah bercakap, orang menyampuk apa yang kamu cuba luahkan. Begitu juga pasangan kamu. Hormati haknya untuk meluahkan apa yang dia rasa walaupun kamu tak setuju dengan apa yang dia kata, cuba dengar dan berikan dia satu tanggapan yang kamu memandang serius apa yang cuba diluahkan oleh si dia.


2. USAHAKAN UNTUK CUBA FAHAM APA YANG PASANGAN KAMU MAHU DAN INGIN KATAKAN.

Memang mudah kamu terpedaya dengan tanggapan yang kamu tahu apa yang sedang pasangan kamu katakan sedangkan pada hakikatnya kamu langsung tidak ada idea apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh si dia. Jadi cuba buat agar dia nampak dan sedar yang kamu sedang berusaha untuk memahaminya. Jika mereka perasan yang kamu faham apa yang sedang mereka katakan, pertengkaran akan lebih mudah diselesaikan.


3. JANGAN CAKAP BENDA YANG KAMU MUNGKIN MENYESAL KELAK.

Anggaplah hubungan kamu berdua ini umpama gelas. Nampak macam kukuh, kuat, cantik dan jernih kalau sentiasa dibersihkan tetapi kalau silap hari bulan tak mustahil boleh retak, bercalar atau mungkin boleh pecah. Begitu juga dengan hubungan cinta. Jadi jaga perkataan yang kamu cakap setiap kali kamu sedang marah. Jangan ambil keputusan ketika hati sedang marah.


4. JANGAN UNGKIT KISAH SILAM

Apa yang lepas tu, biarkan ajelah. Kalau kamu selalu mengungkit kisah silam, kamu tidak akan dapat jalan penyelesaian dan pasangan kamu mula rasa yang dia sudah tidak dicintai dan dihormati dan kamu mula menyimpan rasa negatif terhadap pasanganmu. Semua orang buat kesilapan, berikan peluang kepada si dia untuk menyesali kesilapannya. Sokong dan bantulah mereka untuk memilih apa yang terbaik.


5. BELAJAR BERTOLAK ANSUR

Kalau kamu tahu bagaimana untuk bertolak ansur, pertengkaran mungkin tidak akan berpanjangan dalam hubungan kamu berdua. Kalau kamu tidak menyukai sesuatu benda, tetapi si dia suka, cuba cari jalan tengah agar kedua² gembira dengan hasilnya. Ataupun kamu boleh cadangkan alternatif yang lain kepada si dia untuk memuaskan hati kedua² pihak.


6. SEDAR WALAU APA YANG KAMU KATA,KAMU BERDUA

Mungkin tidak akan bersetuju dengan perkara yang sama. Sesuatu pertengkaran biasanya berlaku bila kita mahu seseorang itu faham dan setuju dengan apa yang kita mahu. Rasa marah akan wujud bila kita terpaksa bercerita berulang² kali kepada mereka dengan harapan mereka akan faham. Banyak yang dia tidak setuju dengan kamu, lagi sedih kamu dibuatnya. Tapi jika kamu sedar yang ada kalanya mungkin bagus juga kalau kamu pun tukar dari setuju kepada tidak setuju. Kamu boleh buktikan kepada pasangan kamu yang kamu bukan sahaja hormat pendirian mereka malah kamu juga hormat dengan pasangan kamu juga. Mana tahu mungkin si dia akan ubah pendiriannya pula bila melihat kamu dah mengalah.


7. BERBINCANG MASALAH YANG DIHADAPI SEHINGGA IA BOLEH DISELESAIKAN.

Memang mudah untuk melarikan diri atau mengelak dari berjumpa tapi sampai bila? Lebih mudah kalau kamu berdua duduk dan berbincang dengan tenang walaupun terpaksa berjaga sepanjang malam. Tidak ada yang tidak boleh diselesaikan terutama kalau kamu saling cinta menyintai. Bukankah cinta itu boleh menyelesaikan banyak masalah di dunia ini?


8. PENTINGKAN HUBUNGAN CINTA KALIAN SETIAP KALI KAMU DILANDA MASALAH.

► Setiap kali bertengkar atau marah, cuba sematkan atau cuba ingat orang yang kamu sedang ajak bertengkar ini adalah sahabat baik, kekasih dan pasangan kamu. Kalau ini yang mampu kamu ingat ketika itu, hubungan cinta kalian akan teguh tak kira walau apa yang akan terjadi.



Akhir sekali, antara yang paling penting dalam mengelakkan pertengkaran ialah selalu berterus terang dengan pasangan setiap kali ada benda yang merunsingkan kamu atau benda yang membuatkan kamu sedih atau marah. Sesetengah pasangan beranggapan yang tak best kalau berterus terang takut ada hati yang terluka. Malangnya sebab benda² yang kecil sahaja boleh membuatkan hubungan terlerai di tengah jalan. Bagi si dia, mungkin diaorang akan hairan apa yang dimarahkan sangat oleh kamu atau apa yang membuatkan kamu merajuk. Paling tak diaorang akan fikir kamu ini over acting pulak. Jangan pendam dan tunggu masa nak meletup sebab masing² ada ego sendiri,kan?






No comments: