Thursday, June 18, 2009

DI ANTARA DIA YANG KU SUKA & YANG KU CINTAI


◘ Di hadapan orang yang kau cintai, musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah.


Di hadapan orang yang kau sukai, musim dingin tetap saja musim dingin, hanya suasananya lebih indah sedikit.


◘ Di hadapan orang yang kau cintai, jantungmu tiba² berdebar lebih cepat.


Di hadapan orang yang kau sukai, kau hanya merasa senang dan gembira saja.


◘ Apabila kau melihat ke arah mata orang yang kau cintai, matamu berkaca².


Apabila kau melihat ke arah mata orang yang kau sukai, engkau hanya tersenyum saja.


◘ Di hadapan orang yang kau cintai, kata² yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam.


Di hadapan orang yang kau sukai, kata² hanya keluar dari fikiran saja.


◘ Jika orang yang kau cintai menangis, engkau pun akan ikut menangis di sisinya.


Jika orang yang kau sukai menangis, engkau hanya menghibur saja.


◘ Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kau mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.


Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dari orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang agak lama.



" TETAPI SELAIN RASA SUKA DAN RASA CINTA...ADA PERASAAN YANG LEBIH MENDALAM, IAITU RASA SAYANG..RASA YANG TIDAK HILANG SECEPAT RASA CINTA. RASA YANG TIDAK MUDAH BERUBAH. PERASAAN YANG DAPAT MEMBUATMU BERKORBAN UNTUK ORANG YANG KAMU SAYANGI. MAHU MENDERITA DEMI KEBAHAGIAAN ORANG YANG KAMU SAYANGI. CINTA INGIN MEMILIKI. TETAPI SAYANG HANYA INGIN MELIHAT ORANG YANG DISAYANGINYA BAHAGIA...WALAUPUN HARUS KEHILANGAN."








No comments: