Monday, June 15, 2009

Menjalin Persahabatan


"SEORANG SAHABAT ADALAH SATU KURNIA ALLAH YANG TERINDAH BAGI SESEORANG. BAGI YANG MERINDUKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN SIAPAPUN, BOLEH MENGIKUTI SEPULUH TIPS INI."


♥ Pilih orang yang mempunyai sama minat, supaya diri lebih mudah beradaptasi kerana mempunyai persamaan. Tapi jangan menafikan orang yang sekilas tidak mempunyai persamaan diri. Ketahuilah, bersikap terbuka itu baik untuk kita.


♥ Ingatlah pada satu pedoman penting, iaitu berlaku baik terhadap orang lain, sebagaimana kita ingin diperlakukan. Sekiranya kita menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati diri kita juga.


♥ Sedari bahawa tiada siapapun yang sempurna. Setiap orang mempunyai sifat² aneh dan lemah, sehingga menerima kelemahan antara satu sama lain boleh mempereratkan persahabatan.


♥ Hargai pendapat antara satu sama lain.


♥ Sedari bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat² yang lain dan jangan cemburu apabila sahabat kita mempunyai minat² lain, dan berhasil dalam bidang yang disenanginya.


♥ Komunikasi sangat penting, seorang kawan tidak selamanya boleh membaca fikiran kita. Sekiranya ada sesuatu yang mengganggu persahabatan kita, beritahulah.


♥ Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan ( stress ) meregangkan persahabatan kita. Kawan yang baik akan membiarkan sahabat melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan, kita sepatutnya bersedia untuk mendengar keluhan mereka pula.


♥ Belajar antara satu sama lain.


♥ Jangan membicarakan keburukan² di belakangnya.


♥ Pilih kata² dengan bijaksana kerana kita tidak boleh menariknya kembali, andai tersilap.

No comments: