Wednesday, July 1, 2009

9 Cara untuk Deal dengan Ibu Bapa yang Tak Suka Kekasihmu

1. Jangan mudah melenting dan marah². Walau macam manapun, darjah kemarahanmu kamu tetap kena tahan dan bersabar sebab kamu kena ingat itu ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan kamu. Orang yang memang ada hubungan darah daging dengan kamu berbanding dengan kekasih yang baru aje muncul dalam hidup kamu. Oleh itu cuba letak diri kamu dalam situasi mereka dan cuba cari sebab kenapa mereka tak suka kepada kekasih kamu. Jangan marah² dulu.

2. Tanya dengan tenang kenapa mereka tak suka kamu bersama dengan kekasih kamu itu. Dengar pendapat yang mereka berikan dan fikirkannya. Mungkin betul apa yang mereka kata atau fikirkan. Maklumlah kan orang tua kita ni lebih dahulu makan garam. Kalau logik mungkin kamu boleh ikut tapi kalau alasan yang diorang bagi kamu rasa macam tak logik, mungkin kamu boleh berikan pandangan kamu pula. Minta mereka lihat dari sudut kamu pula.

3. Kalau kamu sekarang sudah tinggal berasingan dari mereka, beritahu yang kamu faham kebimbangan mereka tapi dalam masa yang sama minta mereka percaya kepada kamu kerana kamu dah dewasa, kamu tahu yang mana baik dan mana yang buruk. Minta mereka percaya akan pilihan kamu dan yakin dengan diri kamu.

4. Kalau kamu masih tinggal bersama mereka, hormati mereka dan selalu ingat itu rumah mereka dan mereka ada hak untuk menentukan undang² untuk dipatuhi. Cuba bertolak ansur dengan mereka , jangan biarkan kekasih kamu habiskan banyak masanya di situ. Kalau keluar pun tak sampai larut malam dan jangan buat benda² yang meragukan di dalam rumah mereka.

5. Kalau kamu rasa wujudnya salah faham keluarga kamu terhadap kekasih kamu itu, cuba rancang satu perjumpaan tak kiralah sama ada di rumah kamu atau di restoran. Jemput semua ahli keluarga kamu dan si dia. Ingat, jangan biarkan masalah ini berlarutan dan minta pasangan kamu supaya berkelakuan baik dan cuba sedaya upayanya mengambil hati ibu bapa kamu.

6. Kalau semasa perjumpaan itu sedang berlangsung tiba² berlaku pertengkaran mulut antara pasangan kamu dengan keluarga kamu, kamu jangan panik. Bawa bertenang. Ingat tugas kamu ini lebih kurang macam duta keamanan bukannya jadi peguam bela. Cuba pertahan kedua² pihak atau secepat mungkin cuba ubah topik perbualan. Kalau kamu tak segera bertindak, rancangan kamu hanya akan tinggal rancangan sahaja.

7. Minta mereka berfikiran terbuka dan cuba terima situasi itu dengan matang. Mungkin kamu juga patut beritahu mereka yang kamu sudah dewasa dan kamu ada hidup kamu sendiri. Gunakan ayat yang tidak menyinggung perasaan mereka. Ada sesetengah ibu bapa yang bersikap terlalu melindungi sampai mereka ada kalanya hilang kepercayaan terhadap anak mereka sendiri.

8. Cuba terangkan kepada ibu bapa kamu yang kamu memang benar² cintakan si dia. Senaraikan kebaikan yang pernah si dia buat sehingga kamu rasa benar² jatuh cinta dan sayang kepadanya. tapi jangan pula kamu mereka² cerita kerana ibu bapa kamu tahu sama ada kamu berbohong atau tidak. Lagipun tak ada faedahnya kamu berbohong, kalau kamu benar² cintakan si dia pasti dia ada kualiti yang boleh menawan hati kamu dan juga menawan hati kedua ibu bapamu.

9. Paling penting jangan mudah hilang kawalan. Ini menunjukkan yang kamu tidak matang dan ia tidak akan mengubah pandangan orang lain terhadap kekasih kamu sebaliknya mereka akan rasa yang kamu sudah semakin berubah. Cuba tonjolkan percintaan yang kamu alami telah mengubah kamu menjadi lebih baik dan matang serta tunjukkan yang kamu memang telah memikirkannya dengan semasak²nya sebelum membuat sebarang keputusan.

No comments: