Friday, May 29, 2009

Jadi Pendengar Yang baik..

Menjadi tempat org meluahkan isi hati ini sebenarnya susah. Kadang² mereka datang di saat kamu kamu sendiri dilanda masalah. Sebaiknya perhatikan beberapa hal yg penting atau paling tidak walaupun kamu tak boleh banyak membantu. Jadilah seorang pendengar yg baik.

1. PERLUKAN NASIHAT KAMU
♦ Ini adalah asas untuk menjadi seorang pendengar yg baik. Pastikan org yang datang kepadamu itu benar² perlukan nasihat barulah kamu beranikan diri utk memberikan nasihat. Ada org² tertentu yg hanya perlu pendengar dan secara automatik dia akan berasa sangat lega. Kalau dia hanya ingin bercerita tapi kamu memberinya nasihat itu ini, kamu hanya menambahkan sesak di dalam kepalanya.

2. APA TUJUAN KAMU MEMBERI NASIHAT KEPADA SESEORANG?
♦ Salah satu kesalahan org yg menjadi tempat mengadu masalah ini ialah supaya dia nampak bijak. Tujuan kamu menyampaikan nasihat adalah supaya teman kamu yg dirundung masalah ini mendapat jalan keluar yg baik dan bukannya supaya kamu dianggap pahlawan yg bijaksana.

3. FAHAM DENGAN BAIK
Dia akan lebih menghargai kamu kalau kamu faham apa yg ingin diceritakannya. Jadi sewaktu dia bercerita, dengar dengan teliti dan fahamkan isi kandungan ceritanya. Take your time to hear all part of the story! Setelah faham barulah kamu berikan dia pandangan dan nasihat.

4. PAGARI LIDAH KAMU
♦ Kamu memang marah dengan org yg buat sahabat kamu sedih tapi dlm masa yg sama jaga lidah kamu itu. Walaupun masa itu kamu sangat marah dan geram kerana sahabat kamu baru sahaja ditinggalkan oleh pakwenya tak perlulah sampai mengeluarkan komen yg menghina bekas kekasihnya itu. Kamu kena ingat masih ada sayang di hati kawan kamu itu terhadap bekas kekasihnya itu. Takut komen kamu itu akan membuatkan dia lebih tersinggung dan sedih.

5. MASIH ADA BANYAK JALAN PENYELESAIAN
♦ Usahakan selalu ada jalan alternatif dan penyelesaian saat dia meminta pendapat atau bantuan keluar dari jalan buntu. Then leave her the rest of it! Biarkan dia putuskan sendiri pilihan mana yg paling baik menurutnya dan yg boleh diambil. Kamu tidak boleh sewenangnya memaksa dia memilih sesuatu keputusan tertentu.

6. JUJUR
♦ Kamu bukan malaikat atau org yg penuh dengan kuasa sakti seolah² kamu ini sentiasa dalam mood yg happy dan bagus. Boleh jadi waktu dia meluahkan isi hatinya itu kamu sendiri dilanda masalah, jadi jujur sahaja bagitahu kepadanya yg masa itu tidak sesuai atau dengar sahaja luahannya dan bagitahu yg kamu tak boleh beri sebarang komen atau pendapat. Sahabat kamu ini akan lebih menghargai kejujuran kamu daripada kesal kerana kamu tidak mendengar curahan hatinya dengan baik.

7. NASIHAT TINGGAL NASIHAT
♦ Bila nasihat atau jalan penyelesaian yg kamu berikan tidak diberi respon yg positif atau dibuat, jangan tersinggung. Memang itulah fungsi nasihat kamu iaitu sebagai satu jalan penyelesaian sahaja. Sama ada dia ikut atau tidak nasihat kamu, itu terpulanglah kepada dia.

BAGAIMANAPUN JANGAN LUPA, SEBAIKNYA MENOLONG TANPA INGIN BALASAN YER..ITU LEBIH AFDAL...

No comments: