Thursday, May 28, 2009

cukup sampai di sini?

Anda berada dlm satu hubungan. Sekarang anda berada di persimpangan sama ada utk meneruskan hubungan itu atau tidak. Tak kisah berapa lama hubungan itu,keputusan tetap terletak di tangan anda. Tapi fikir²kan lah beberapa fakta berikut sebelum anda membuat keputusan.

1. SEBAB SEBENAR INGIN KELUAR DARI HUBUNGAN
• Anda perlu tahu sebab sebenar anda ingin mempertimbangkan semula hubungan itu. Anda perlu bertanya ke dasar hati apakah sebenarnya yg merungsingkan anda. Sebenarnya anda mungkin tidak menemui cinta telus dlm hubungan itu tapi di bibir anda cuma akan berkata anda dan dia sudah tidak ada sefahaman.

2. PERKARA TERPENTING PERLU DIFIKIRKAN
• Ambil kira perkara sekeliling yg mungkin akan dipengaruhi oleh keputusan anda itu. Jika anda berkongsi sesuatu dgn si dia dan dgn menamatkan hubungan anda akan kehilangannya sedangkan itulah barang kesayangan atau peluang keemasan anda, ada kemungkinan untuk anda batalkan sahaja niat utk memutuskan hubungan.

3. BAGAIMANA IA AKAN MEMBERI KESAN PADA ORANG LAIN
• Walaupun keputusan ini adalah hak anda tapi tidak ada salahnya jika anda berikan sedikit ruang memikirkan bagaimanakah penerimaan org² terpenting yg ada kaitan dgn hubungan itu akan menerima sebarang keputusan anda itu nanti.

4. APAKAH SEBARANG PERJANJIAN AKAN DIENGKARI
• Mungkin anda pernah membuat sebarang janji atau komitmen dlm hubungan ini dan jika hubungan ini tamat, apakah reaksi anda terhadap perjanjian atau komitmen itu. Jika anda tidak mengalami sebarang kerugian, maka teruskan sahaja niat anda itu.

5. SEJAUH MANA CINTA PENTING KEPADA ANDA
• Kadangkala manusia tidak jadi berpisah kerana mendapati mereka masih mempunyai rasa kasih sayang antara satu sama lain yg lebih mendalam daripada perkara lain. Jadi jika anda tahu kasih sayang itu lebih penting dan sanggup mengorbankan harta benda malah prinsip anda utk itu, maka lebih baiklah anda berbaik semula dgn si dia.

6. ADAKAH KEMUNGKINAN ANDA BOLEH SELESAIKAN MASALAH
• Sejauh mana ego anda dan si dia boleh dirobohkan adalah faktor terpenting utk mempertimbangkan hala tuju hubungan anda. Jika masing² bersedia berkompromi dan menyelesaikan masalah yg timbul, tidak patut hubungan itu diputuskan begitu sahaja.

7. SEJAUH MANA ANDA TELAH BERUBAH
• Sejak anda berada dlm hubungan itu, sejauh manakah anda telah berubah sama ada kepada lebih baik atau semakin teruk. Adakah apa yg pernah anda mahu daripada hubungan ini telah tercapai atau adakah anda telah menjadi mangsa kepada hubungan ini dan mengikut cakap si dia sahaja. Hanya anda yg tahu.

8. APAKAH FAEDAH DENGAN KEPUTUSAN ANDA
• Fikirkanlah apakah faedah yg mungkin anda perolehi daripada putusnya hubungan itu. Jika anda mahukan kerjaya yg berkembang atau hak pada diri sendiri, maka mungkin itu faedah yg anda sedang cari tapi jika anda tidak mempunyai sebarang faedah sebaliknya semakin bertambah masalah, maka fikirlah lagi keputusan sebenar.

No comments: