Friday, October 15, 2010

9 Cara Atasi Patah Hati!

Pasti ramai yang berada di luar sana pernah merasai detik-detik yang paling sukar dalam hidup. Rata-rata remaja yang ditemui meluahkan bahawa saat putus cinta, kecewa atau patah hati adalah detik yang sangat menyakitkan yang pernah dilaluinya.


Patah hati atau sakit hati yang anda rasai itu adalah satu 'akibat' atau 'kesan' daripada setiap keputusan yang anda pilih. Contohn lain yang boleh dijadikan gambaran emosi diri anda dalam 'satu-satu' masa tertentu ialah ; cuba bayangkan kamu baru sahaja memutuskan untuk menjalin hubungan dengan seseorang. Bagaimanakah perasaan kamu pada waktu itu? Rasa 'berbunga-bunga' atau bahagia itu timbul kesan daripada tindakan atau keputusan yang kamu pilih.

Walau bagaimanapun, lamanya menjalin sesebuah perhubungan ternyata tidak boleh dijadikan jaminan bahawa perhubungan itu boleh diikat dengan satu pertalian yang lebih istimewa. Ada pasangan kekasih yang sudah berbelas tahun berkasih namun akhirnya putus jua di tengah jalan.

Bermacam-macam alasan boleh dijadikan sebab patah hati. Antaranya ialah curang, tidak direstui keluarga, si dia memilih untuk berkahwin dengan orang lain atau putus hanya kerana sudah rasa bosan.

Buat anda yang baru sahaja patah hati kerana salah satu sebab di atas atau apa jua sebabnya, cuba semak beberapa tips berikut yang mungkin boleh menjadi sumber inspirasi untuk anda agar tidak terus bersedih kerana ditinggalkan kekasih.


Percaya pada takdir

  • Bila 'bekas kekasih' memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri kamu untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi. Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk kamu. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki rencana indah lain untuk kamu.

Relakan

  • Mencintai seseorang bererti kamu harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya. Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan kamu, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi kamu.

Lupakan

  • Teori memang tak semudah praktikal. Namun saat dia memutuskan untuk meninggalkan kamu walau atas alasan apa pun, kamu harus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata kamu sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti positif di luar sebagai usaha untuk melupakannya.

Ambil hikmahnya

  • Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika kamu memulakan hubungan yang baru, hal-hal seperti itu tidak berulang.

Be nice

  • Kamu perlu terus berbuat baik ketika berhubungan dengan siapa pun. Tingkatkan harga diri dan teluslah dalam perhubungan. Kamu pasti akan lebih dihargai oleh individu baru kelak.

Jangan bersendirian

  • Tangani masalah dengan bijak! Orang yang baru putus cinta suka berfikir dan melakukan hal yang aneh, lebih-lebih lagi sewaktu bersendirian. Jadi, elakkan!

Bersedia untuk orang baru

  • Jangan mengurung diri kamu dari pergaulan dengn dunia luar. Yakinkan diri kamu untuk kembali menjalin hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan yang lain. Bukalah networking yang baru.

Serlahkan potensi diri

  • Wake up! Jangan biarkan diri kamu terperangkap dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri kamu sehingga ia boleh dinilai oleh orang lain.

Berdoa dan tawakal

  • Serahkan segalanya pada kekuasaan Tuhan. Kamu bakal menemui kedamaian saat kamu mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.

di samping itu,meh la klik2 kat sini.. terima kasih ya..

No comments: