Friday, December 3, 2010

Telefon Bimbit & Kamu!

Zaman sekarang ini, telefon bimbit tidak lagi menjadi satu kehendak malah ia sudah menjadi antara keperluan dalam hidup. Dan percaya atau tidak, ramai di antara kita di luar sana  yang tidak boleh hidup sempurna jika tidak ada telefon bimbit. Tapi tahukah kamu bagaimana hendak menjaga telefon bimbit agar ia digunakan dengan cara yang betul?Jom ikuti tips ini....


10 TIPS MENJAGA TELEFON BIMBIT



  • Jika mempunyai kad SIM yang baru,kamu hendaklah mendaftarkannya terlebih dahulu. Pastikan ianya digunakan dengan cara yang sah. (Tapi sekarang pihak2 kedai pun dah buat siap2 untuk daftar bila kita nak beli nombor baru,jadi takde masalah la kot)... :)

  • Aktifkan fungsi keselamatan seperti PIN code atau code PhoneLock sebelum akses ke telefon bimbit. Langkah ini adalah untuk menjaga terlefon bimbit kamu dari diakses oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

  • Aktifkan fungsi Keypad Lock secara automatik bagi mengelakkan kamu tertekan butang Call secara tidak sengaja. Kadang-kadang kecuaian kecil sebegini mampu menyebabkan kamu menanggung kerugian yang besar!

  • Amalkan mengecas telefon bimbit apabila bateri hampir atau betul-betul habis. Jika kamu cas telefon bimbit sebelum bateri habis sepenuhnya, ini akan menyebabkan bateri telefon bimbit tersebut mudah rosak. Lebih-lebih lagi jika kamu membeli dan menggunakan telefon bimbit baru. 

  • Gunalah bateri original dan berkualiti. Selain daripada menjaga telefon bimbit agar tetap elok, ia juga turut menjaga bateri agar tahan kama.

  • Jika kamu sering meletakkan telefon bimbit kamu di merata tempat, sila ubah tabiat tersebut sekarang. Ini kerana ia boleh merosakkan kerangka telefon bimbit jika tidak sengaja terpijak atau terduduk atas telefon bimbit tersebut. Kamu juga boleh menggunakan sarung telefon bimbit untuk melindunginya dari tercalar ataupun terkena kotoran. 

  • Jika telefon bimbit kamu kelihatan kotor, bersihkannya dengan menggunakan kain lembut. Jangan sesekali gunakan air untuk membersihkannya kerana ia akan memberi kesan kepada komponen dalam telefon tersebut. Senang cerita, telefon bimbit kamu akan rosak jika terkena air.

  • Letakkan telefon bimbit kamu di tempat yang mempunyai suhu normal supaya komponen telefon bimbit kamu tidak berlaku pengewapan.

  • Jika kamu merasakan suhu telefon bimbit terlalu panas setelah menggunakannya, adalah dinasihatkan untuk mematikan telefon tersebut bagi menjaga komponen serta aplikasi agar tidak mudah rosak.

  • Jangan sengaja ataupun tidak sengaja menjatuhkan, baling atau dekatkan telefon bimbit kamu dengan api atau membiarkannya terdedah kepada terik matahari seperti tinggalkannya dalam kereta. Ini juga bagi mengelakkan dari telefon bimbit kamu dicuri serta kerosakan pada gajet itu sendiri.

No comments: