Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharam 1432 H :)

DOA AKHIR TAHUN (1431 H)


“ Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan 
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang 
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. 
Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di 
dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkan 
aku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya 
aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang 
demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku denganpahala atas 
yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu. 

Wahai Tuhan! Wahai Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia 
Agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku 
kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami 
Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan 
kesejahteraan ke atas mereka. 

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini,maka syaitan akan berkata:
 
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”





DOA AWAL MUHARAM (1432 H)

“ Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Allah berselawat dan mengurniakan 
kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarganya serta 
sahabat-sahabatnya. Wahai Allah, Engkaulah yang Kekal Abadi, yang Qadim, yang Awal 
dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah 
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan daripada-Mu 
di sepanjang tahun ini, daripada syaitan dan pembantu-pembantunya serta 
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan
 kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Agung dan Maha 
Mulia. Wahai yang paling pengasih daripada mereka yang mengasihi dan Allah berselawat 
ke atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan 
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka”






No comments: