Wednesday, March 18, 2009

Siapa yang Patut Bayar??Lelaki atau Perempuan?

Bila keluar bersama² pasangan,kadangkala persoalan siapa yang harus mengeluarkan belanja semasa pertemuan itu menjadi persoalan pertama. Usahla bergaduh kerana perkara sekecil itu, sedah pasti ada jalan penyelesaiannya.

LELAKI PATUT BAYAR BILA:

1. PERTEMUAN KALI PERTAMA

- Untuk pertemuan kali pertama antara seorang lelaki dan perempuan,seelok²nya si lelaki harus mengambil tanggungjawab membayar pada pertemuan tersebut. Ia penting untuk memberi ekspresi pertama si dia bahawa anda berkemampuan dan mampu bertanggungjawab.


2. JIKA ANDA MENGAJAKNYA KELUAR

- Kalau dah anda yang menjadi orang pertama yang mengajak untuk keluar, maka tidak sepatutnya membiarkan si dia yang membayar. Tidak manis nampaknya walaupun si dia memang jenis yang tidak kisah untuk membayar.


3. DALAM SUASANA YANG ISTIMEWA

- Semasa meraikan sesuatu yang istimewa tentang dirinya seperti kenaikan pangkat,lulus peperiksaan dan sebagainya. Lebih wajar lelaki yang membayar. Ini menunjukkan yang anda seorang yang tahu menghargainya dan satu lagi,membayangkan betapa anda bangga dengan kejayaannya.



PEREMPUAN PATUT BAYAR BILA:

1. JIKA ANDA MENGAJAK TEMAN LELAKI KELUAR

- Mungkin agak janggal bunyinya tapi anda yang beriya² mengajaknya bertemu,jadi tidak ada salahnya jika anda bersedia untuk membayar dalam pertemuan itu. Apa salahnya sesekali bayarkan untuk dirinya, kita bukan mengampunya,sekadar berbuat baik.


2. DI HARI LAHIR TEMAN LELAKI ANDA

- Pada hari tersebut, memang sangat sesuai jika semua sambutan yang disediakan untuk menyambut ulang tahun teman lelaki dibayar oleh anda kerana hari itu adalah hari yang sangat istimewa padanya. Lagipun bukan setiap bulan dia menyambut hari lahir..hehehe


3. ANDA BERKEMAMPUAN DAN TIDAK KISAH MEMBAYAR

- Memang sesetengah lelaki agak sukar membiarkan teman wanitanya membayar untuknya tetapi jika anda ialah wanita bekerjaya dan mampu, tidak menjadi satu kesalahan jika dalam pertemuan tertentu anda berkeras untuk membayar,tapi janganlah sampai bergaduh pulak.


ATAU BOLEH JUGA BERKONGSI BILA:


1. Anda adalah pasangan yang telah lama berpasangan,masing² telah memahami diri masing². Tidak perlu lagi bergaduh semata² untuk menyuruh kau atau aku membayar setiap kali pertemuan. Elok saja digilirkan kalau sama² mampu atau berkongsi separuh-separuh setiap kali ingin membuat bayaran.

2. Untuk pembelian yang kegunaannya bersama,mungkin sesetengah barang anda beli adalah untuk digunakan secara bersama. Jadi adalah lebih baik untuk sama² membayarnya sebagai tindakan yang adil kerana anda bakal menggunakannya bersama²..

No comments: