Thursday, June 16, 2011

Madah untuk wanita solehah



assalamualaikum.  :)

wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini.

keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pd kecantikan wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pd kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pd kemanisan bicaranya yg mengoncang iman para muslimin,
dan bukan pula terletak pd kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.

bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pd barang kemas atau perihal orang lain,
tp pd perjuangannya meningkatkan martabat agama.

nafsu mengatakan wanita cantik dgn paras rupa yg indah bak permata yg menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dlm ilmu serta pandai dari segala aspek,
hati menyatakan kecantikan wanita hanya pd akhlaknya,
itupun seandainya hati itu bersih utk menilai.

wahai wanita jgn berbangga dgn ilmu duniawi yg kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yg lebih berpengetahuan darimu,
wahai wanita jgn pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yg lebih malang darimu,
wahai wanita solehah jgn dirisau akan jodohmu,
kerana muslimin yg bijaksana itu tidak akan terpaut pd wanita hanya kerana kecantikannya,
bersyukurlah di atas apa yg ada,
serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

salam perjuangan utk sahabatku,
wanita solehah.

wanita hiasan dunia. seindah hiasan adalah wanita solehah.  :)


No comments: