Wednesday, May 11, 2011

Jom Buat Pelan Diet Anda Sekarang




Adakah anda pernah bercita-cita untuk menguruskan badan anda?
Sekiranya ya jawapan anda ( eh,dah macam iklan yakult pulak ye..hehe ), 
maka anda harus mulakannya sekarang dengan membina pelan perancangan diet anda.
Pelan ini bertujuan untuk dijadikan panduan, motivasi dan semangat untuk anda merujuk 
agar anda dapat mencapai berat badan ideal idaman anda.

Sebenarnya sudah ramai yang berjaya menurunkan berat badan mengikut pelan perancangan yang telah mereka bina di awal proses diet mereka.
Anda boleh sesuaikan dan tak perlu menyeksa diri anda semata-mata untuk kuruskan badan 
dengan membina pelan perancangan diet .

Terdapat 7 tips yang boleh anda amalkan dalam membina pelan perancangan diet anda :

Masukkan elemen-elemen amalan pemakanan yang sihat dalam
pelan diet anda. Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan salah
satu komponen yang amat kritikal dalam pelan diet anda. Dalam pelan 
tersebut, anda tak perlu memaksa dan menahan diri anda daripada memakan junk food seperti coklat, keropok, atau makanan berlemak yang lain. Yang penting setiap makanan diambil dalam kuantiti yang sedikit. 

Tetapkan hari yang spesifik dalam seminggu untuk anda menikmati makanan junk food ini. Tapi ingin saya ingatkan anda, jangan pula anda makannya secara berlebihan ya. 
Anggap hari tersebut sebagai reward untuk diri anda sendiri.


Reka pelan pemakanan anda. Anda boleh lakukan research di internet atau dapatkan buku resepi masakan makanan yang sihat dan berkhasiat. Lakukan pelbagai resepi masakan 
anda untuk setiap hari. Ini bagi memastikan anda tidak makan makanan yang sama setiap hari. 

Anda harus memastikan ada jadual untuk sesi senaman berkala dalam pelan diet anda. 
Anda boleh mempelbagaikan pelbagai aktiviti senaman mengikut hari-hari yang tertentu. 
Contoh seperti mendaftarkan diri anda di gym ,dapatkan 
Dvd tutorial senaman di rumah, berjogging mahupun bersukan di taman 
pada waktu petang.

Dapatkan rakan untuk bersama-sama menjalankan aktiviti pelan diet anda ini. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan sekerja, ahli keluarga mahupun teman rapat 
untuk sama membina pelan dan menjalankan mengikut 
perancangan tersebut. Ini bagi mengekalkan
motivasi dan semangat untuk anda teruskan untuk
menguruskan badan. Dalam masa yang sama, anda boleh menonton
rancangan The Biggest Looser dan mengikut apa yang 
telah mereka lakukan.

Pastikan pelan diet anda ini ditulis di atas kertas dan diletakkan di tempat yang sering dilihat. Tak guna hanya sekadar berkata-kata yang anda hendak menguruskan badan. 
Letakkan di tempat yang selalu dilalui agar boleh menjadi peringatan kepada anda bahawa anda kini dalam proses kuruskan badan. 

Bertindak mengikut rancangan. Apabila anda telah selesai membina sebuah pelan diet, anda perlu mengikut pelan tersebut dan pastikan ianya berjaya dan
mencapai matlamat. 


♥ Semoga berjaya ya! 




No comments: