Wednesday, August 12, 2009

Bersedia beri Komitmen


WALAUPUN bertahun lamanya menjalinkan hubungan cinta, namun si dia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam perhubungan.


Bukan hendak mendesak supaya memutuskan hubungan tetapi menyuruhnya membuat persediaan awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.


Sekiranya anda berdepan dengan masalah sebegini, apakah cara terbaik untuk si dia memberikan komitmen?


♥ Cintai diri sendiri
Sekiranya anda belum berasa selesa dengan keadaan diri sendiri, jangan mengharapkan orang lain mencintai anda seperti anda menyintai dirinya.


Manfaatkan waktu terluang dengan melakukan hobi yang digemari atau meneroka setiap aspek spiritual, supaya diri anda sentiasa diisi dengan perkara-perkara yang positif.


♥ Ekspresi cinta tanpa syarat
Sesekali apa salahnya anda memberikan kejutan kecil seperti menyediakan sajian kegemarannya atau menghadiahkan sesuatu yang lebih istimewa. Yang penting, dia mengetahui bahawa anda tidak keberatan atau susah-payah melakukan semuanya itu semata-mata untuk dirinya.


♥ Tidak perlu bersandiwara
Menurut penulis buku Mars and Venus on a Date, John Gray, ciri-ciri yang perlu ada dalam hubungan cinta ialah kedua-dua belah pihak seharusnya mengetahui peranan masing-masing.


Ini bermakna, singkirkan sikap dan prasangka buruk yang boleh merosakkan perhubungan selama ini. Misalnya, suka membesar-besarkan masalah, merajuk tanpa sebab yang munasabah serta bersikap cemburu sekiranya ada wanita cuba berdampingan dengannya.


♥ Berikan masa
Berbanding wanita, kaum Adam akan berfikir lebih jauh sebelum memutuskan untuk memberi komitmen kepada pasangannya.


Tidak dinafikan, memang ada lelaki yang memutuskan lebih awal untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi itu sekadar impian dan bukannya realiti.


♥ Bicara dengannya
Jika anda perlu berbicara dengannya, pertimbangkan dengan matang setiap pendekatan yang akan anda lakukan itu. Hindari sikap ungkit-mengungkit masalah berkaitan masa depan dengan ucapan yang serius atau bernada tinggi.


Sebaliknya, lebih menguntungkan apabila anda mampu menunjukkan sikap positif dan santai.


♥ Tarik diri
Anda telah melakukan pelbagai pendekatan, namun si dia masih enggan memberi komitmen. Mungkin sudah tiba masanya anda memberikan ruang untuknya berfikir. Rencanakan perjalanan anda seorang diri selama beberapa hari. Sepanjang berjauhan dengannya, dia akan menyedari rasa kehilangan dan merasakan hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran anda.

2 comments:

Crazee Lazzy said...

erk bagi fhad ape yang u tulis dalam entry u ni mmg btol.. tapi kan bg saye biar chenta tu dtg sendri.. x usah kite cari.. nnt feeling untuk dicinta ti lain dari org yg mencintai kita.. tol x? selamat beramal.. hihihi

Amirez said...

artikel yg sangat menarik ilibalqis :) thx for sharing.

sedikit pendapat sy dlm tajuk ni.

kebanyakan lelaki tak suka didesak dan disuruh. jd bagikan masa buat lelaki utk berfikir. lelaki yg betul2 sedia untuk beri komitmen mudah dilihat melalui komitmen pd diri dia sendiri.

be creative bg laki n pompuan. sama ada dlm perbualan, gaya, idea n mcm2 :)

the most important thing.. toleransi. ni yg jrg ada pd setiap pasangan. sikit punya hal nak perang dunia ketiga. kalau masing2 bertolak ansur..tak mustahil hubungan itu akan kekal selamanya insyaAllah.

thx for sharing again :)