Wednesday, January 21, 2009

KELMARIN, HARI INI DAN ESOK

Seorang bijak pandai pernah berkata, bahawa ada dua hari yang sama sekali tidak perlu kita bimbangkan.

Yang pertama: hari kelmarin. Kita tidak akan mampu mengubah apa yang telah terjadi dan berlaku. Kita tidak akan mampu menarik kembali perkataan yang telah kita ucapkan. Kita tidak mungkin dapat menghapus kesalahan; dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan pada hari kelmarin. Biarkan hari kelmarin berlalu; lepaskan saja ia.

Yang kedua: hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi. Kita tidak akan mampu melakukan apa2 esok hari. Kita tidak mungkin sedih atau ceria pada esok hari. Esok hari belum tiba; biarkan saja ia dan kita tunggu saja.

Yang tersisa kini adalah hari ini. Pintu masa berlalu telah tertutup; manakala pintu masa depan belum terbuka dan tiba.

Tumpukan saja diri kita untuk hari ini. Kita dapat melakukan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan tentang hari esok. Hiduplah hari ini! Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit. Hiduplah apa seadanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini; hari ini yang abadi.

Mari kita perbaiki kekurangan kita pada hari kelmarin dan kita lalui hari esok dengan menambah kualiti amal ibadah kita. Semoga amal ibadah kita hari ini lebih baik dari hari kelmarin, dan berusahalah agar amal ibadah kita pada hari esok akan lebih baik dari hari ini...

No comments: