Tuesday, May 10, 2011

Sana Sini Orang bercerita pasal Cuaca Panas..


Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Pergh! Lama tak update blog ni..Dok buat kerja lain je memanjang.. Huhu !
Ok la..Korang perasan tak kat Malaysia sekarang cuaca dia cam panas semacam je? Bukan setakat siang je panas tapi malam pon boleh tahan jugak kepanasan dia..
Pakai aircond pon, tak terasa sejuk sangat..
Boleh dikatakan asyik nak berpeluh je kerja..Bila dok berpeluh, mula la rasa lemas..< Tapi perlu di ingatkan, neraka lagi panas woo > huhuhu..insaf².. 

Tadi dok baca paper online, ternampak kat Berita Harian tu tulis rupa-rupanya ianya adalah 
disebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang dikesan berlaku di utara Filipina 
yang meniup angin dari arah barat daya ke negara kita ni..
Patutlah kita terasa sangat..huhuhu !
Ia juga disebabkan kelembapan udara di rantau kita dan keadaan ini membawa 
kepada kurangnya jumlah taburan hujan dan cuaca kering di negara kita


Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti luar yang mendedahkan mereka terus kepada cahaya matahari dan juga tidak membuat pembakaran secara terbuka yang
akan mencemarkan udara dan persekitaran.

Untuk semua, jangan lupa minum air yang secukupnya taw! 


Credit to: berita harian online 

No comments: