Tuesday, October 19, 2010

TOP 10 RAHSIA LELAKI YANG PERLU KAMU TAHU!

BUKAN MUDAH MEMBONGKAR RAHSIA SEORANG LELAKI. MASAKAN TIDAK, ADA SAHAJA YANG SEBOLEHNYA MAHU DISOROK LELAKI SEBAGAI SALAH SATU USAHA UNTUK MENYEMBUNYIKAN KELEMAHAN YANG ADA. OLEH SEBAB ITULAH, SEBILANGAN BESAR GADIS MELABELKAN LELAKI SEBAGAI SEORANG YANG CUKUP KEBAL DENGAN RAHSIA MISTERI. AKAN TETAPI MEREKA SEBENARNYA TIDAK TAHU, BAHAWA SIKAP DAN KRITERIA LELAKI JUGA BOLEH DIKENALPASTI MENERUSI GERAK GERI DAN JUGA PERILAKUNYA. MUNGKIN DENGAN CARA INI, IA SEDIKIT SEBANYAK BOLEH MEMBANTU SI GADIS DALAM MENILAI MEREKA. JOM KITA LIHAT..

  • Perlu kamu tahu bahawa lelaki tidak akan tertarik dengan gadis hanya kerana dia mempunyai bentuk fizikal yang menarik. Apa yang pasti, lelaki cukup senang andai berdampingan dengan gadis yang bijak, boleh bersembang mengenai apa sahaja, dan tidak mengada-ngada tak kena tempat.

  • Lelaki juga mudah 'cair' jika gadis yang mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka. Contohnya, jika si lelaki meminati sukan bola sepak, si gadis memberi sepenuh sokongan padanya. Pada masa sama, lelaki juga senang dengan gadis yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya. 

  • Lelaki bukan seorang yang 'mesra' telefon! Itu perkara yang perlu diketahui si gadis. Sudah menjadi adat bercinta, si gadis akan naik berang jika SMS yang dihantar buat kekasih hati lambat dibalas. Namun kamu perlu sedar, bahawa lelaki bukan jenis yang 'bersama' telefon 24jam. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti lain selain dari berSMS.

  • Hampir 50% responden kaum Adam di negara membangun mengakui, lelaki dari Itali adalah kelompok yang begitu peka dengan fesyen. Jadi sebagai kekasihnya, lelaki cukup suka andai kamu memberi idea atau menegur mengenai gaya pemakaiannya. Tapi, teguran kamu biarlah berlapik ya.

  • Majoriti lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating buat kali yang pertama. Jadi jika kamu berada dalam situasi ini, cuba untuk menenangkan lelaki itu dengan berbual-bual topik ringan dengannya misalnya tentang filem terbaru atau lagu kegemarannya.

  • Lelaki cukup pantang dengan leteran dari gadis! Kamu perlu sedar bahawa lelaki adalah golongan yang tidak suka dikongkong. Jadi adalah lebih baik andai kamu menasihatinya andai si dia ada melakukan kesilapan dari terus 'menghamburkan' leteran yang meleret-leret. Panas telinganya nanti! 

  • Lelaki kurang mengerti dengan bahasa tubuh kamu. Lebih teruk, lelaki juga tidak faham dengan makna kata-kata kiasan yang kamu tuturkan padanya. Tapi, jangan mudah melenting kerana lelaki sememangnya tidak suka dengan 'bahasa' yang berkias-kias. Jika ada perkara yang kamu tidak puas hati, cakap sahaja padanya. 

  • Pita suara lelaki adalah lebih panjang berbanding perempuan. Saluran nafas mereka juga 30% lebih besar. Jadi tidak hairanlah jika suara lelaki lebih kuat dan  besar terutamanya bila dengar mereka 'menjerit'.

  • Berapa ramai perempuannya yang cantik-cantik, kamu perlu tahu bahawa lelaki hanya mempunyai seorang gadis sebagai teman sehidup semati. Ya, lelaki sering dicop sebagai seorang yang nakal, suka mengusik perempuan dan sebagainya. Tapi ketahuilah bahawa andai dia sudah bersedia untuk mempunyai komitmen, mereka hanya akan memberi tumpuan terhadap seorang perempuan sahaja.

  • Lelaki lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran. Terutamanya dalam hal yang berkaitan keseronokkan dan kebebasan. Tidak hairanlah andai teman lelaki kamu mula 'berubah sikap' setelah berjumpa dengan rakan-rakanya. Hmm, bila bersama kamu, mereka jadi 'OK' balik. 
ili balqis 

Friday, October 15, 2010

9 Cara Atasi Patah Hati!

Pasti ramai yang berada di luar sana pernah merasai detik-detik yang paling sukar dalam hidup. Rata-rata remaja yang ditemui meluahkan bahawa saat putus cinta, kecewa atau patah hati adalah detik yang sangat menyakitkan yang pernah dilaluinya.


Patah hati atau sakit hati yang anda rasai itu adalah satu 'akibat' atau 'kesan' daripada setiap keputusan yang anda pilih. Contohn lain yang boleh dijadikan gambaran emosi diri anda dalam 'satu-satu' masa tertentu ialah ; cuba bayangkan kamu baru sahaja memutuskan untuk menjalin hubungan dengan seseorang. Bagaimanakah perasaan kamu pada waktu itu? Rasa 'berbunga-bunga' atau bahagia itu timbul kesan daripada tindakan atau keputusan yang kamu pilih.

Walau bagaimanapun, lamanya menjalin sesebuah perhubungan ternyata tidak boleh dijadikan jaminan bahawa perhubungan itu boleh diikat dengan satu pertalian yang lebih istimewa. Ada pasangan kekasih yang sudah berbelas tahun berkasih namun akhirnya putus jua di tengah jalan.

Bermacam-macam alasan boleh dijadikan sebab patah hati. Antaranya ialah curang, tidak direstui keluarga, si dia memilih untuk berkahwin dengan orang lain atau putus hanya kerana sudah rasa bosan.

Buat anda yang baru sahaja patah hati kerana salah satu sebab di atas atau apa jua sebabnya, cuba semak beberapa tips berikut yang mungkin boleh menjadi sumber inspirasi untuk anda agar tidak terus bersedih kerana ditinggalkan kekasih.


Percaya pada takdir

  • Bila 'bekas kekasih' memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri kamu untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi. Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk kamu. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki rencana indah lain untuk kamu.

Relakan

  • Mencintai seseorang bererti kamu harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya. Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan kamu, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi kamu.

Lupakan

  • Teori memang tak semudah praktikal. Namun saat dia memutuskan untuk meninggalkan kamu walau atas alasan apa pun, kamu harus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata kamu sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti positif di luar sebagai usaha untuk melupakannya.

Ambil hikmahnya

  • Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika kamu memulakan hubungan yang baru, hal-hal seperti itu tidak berulang.

Be nice

  • Kamu perlu terus berbuat baik ketika berhubungan dengan siapa pun. Tingkatkan harga diri dan teluslah dalam perhubungan. Kamu pasti akan lebih dihargai oleh individu baru kelak.

Jangan bersendirian

  • Tangani masalah dengan bijak! Orang yang baru putus cinta suka berfikir dan melakukan hal yang aneh, lebih-lebih lagi sewaktu bersendirian. Jadi, elakkan!

Bersedia untuk orang baru

  • Jangan mengurung diri kamu dari pergaulan dengn dunia luar. Yakinkan diri kamu untuk kembali menjalin hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan yang lain. Bukalah networking yang baru.

Serlahkan potensi diri

  • Wake up! Jangan biarkan diri kamu terperangkap dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri kamu sehingga ia boleh dinilai oleh orang lain.

Berdoa dan tawakal

  • Serahkan segalanya pada kekuasaan Tuhan. Kamu bakal menemui kedamaian saat kamu mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.

di samping itu,meh la klik2 kat sini.. terima kasih ya..

Thursday, October 14, 2010

Kelebihan 'Subhanallah Wa Bihamdih' Seribu Kali

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu' Anhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

Sesiapa yang berkata di waktu pagi: (subhanallah wa bihamdih) sebanyak seribu
kali, sesungguhnya ia telah membeli dirinya daripada Allah pada akhir harinya itu, ia
akan dimasukkan di kalangan orang yang dimerdekan oleh Allah daripada api
neraka.
Ia juga diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam kitab " al-Ausath" dan diriwayatkan juga oleh al-Kharaiti, al-Asbahani dan lain-lain lagi.
Keterangan:
Manusia adalah merupakan milik Allah s.w.t, Tuhan yang menjadikan dan menciptakan segala sesuatu. Manusia dijanjikan syurga jika beriman dan mengerjakan amal soleh. Bagi mereka yang tidak beriman dan mengerjakan perbuatan keji dan mungkar akan dicampakkan ke dalam neraka.
Di dalam hadis di atas, orang yang berzikir dengan 'Subhanallah Wa Bihamdih' sebanyak seribu kali di waktu pagi adalah termasuk dalam golongan manusia yang dibebaskan oleh Allah daripada azab neraka, bahkan mereka diperumpamakan dengan orang yang membeli diri mereka sendiri daripada Allah.
Perumpamaan ini menggambarkan kepada kita bahawa mereka bebas sepertimana bebasnya menggunakan barang yang telah pun dibeli.
Wallahu a'lam.

Wednesday, October 13, 2010

TIPS ELAK JADI MANGSA GANGGUAN SEKSUAL

Anda marah apabila diri dijadikan mangsa gangguan seksual? Tetapi ada kalanya kamu yang sebenarnya membenarkan diri menjadi gangguan seksual. Oleh itu, jangan perangkap diri kamu sendiri. Berikut adalah tips untuk mengelakkan diri dari jadi mangsa..

Jangan Berpakaian Seksi



  • .Pakaian yang menjolok mata merupakan antara faktor utama kamu dijadikan sebagai mangsa. Ada kalanya lelaki yang tidak ada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik pun boleh terdorong melakukan perkara yang tidak baik apabila melihat pakaian kamu yang seksi




Pergaulan Yang Tiada Batasan




  • Harus sentiasa ingat pergaulan antara perempuan dan lelaki perlu ada batas-batasnya. Memberikan kebebasan untuk lelaki bercakap apa-apa sahaja dan menyentuh tanpa ada batasan itulah yang boleh menjerumus kepada maslah gangguan seksual.




Hormati Diri Kamu




  • Ertinya jangan terlalu mudah membenarkan lelaki menyentuh kamu walaupun tidak ada tujuan yang mencurigakan. Tidak kiralah sama ada lelaki tersebut rapat ataupun tidak dengan kamu. Hormatilah diri kamu daripada diperlakukan sesuka hati.




Had Dalam Bergurau




  • Kebiasaannya apabila bergurau, kamu jadi terlupa serta membiarkan diri disentuh dan kamu juga tanpa segan akan bertepuk tampar dengan lelaki. Seharusnya ini tidak berlaku kerana biar pun dalam keadaan bergurau kamu harus mengikat diri kamu dengan batas-batas pergaulan.




Elak Mengeluarkan Sebarang Perkataan Lucah




  • Biar bagaimana rapat sekali pun hubungan kamu dengan sesiapa pun jangan merendah diri dengan berbicara yang berbau lucah. Faktor ini antara yang mendorong lelaki berani untuk mengganggu kamu berbentuk seksual.

http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=ilibalqis86





Tuesday, October 12, 2010

Oh Cinta!

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

* tersentuh sungguh bila baca cerita ni*