Tuesday, December 21, 2010

Berhati-hati Dengan Cara Baru Perompak Kereta...

Post ini saya dapat dari seorang kawan di facebook. Beliau berharap sesiapa yang membacanya dapat menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.Sesiapa yang dah tau hal ni  takpala. Kita just share maklumat. Ini untuk kebaikan dan keselamatan kita semua juga...kan2? :)



Cara baru perompak kereta Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!






BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.


p/s: renungan untuk kita bersama... 

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharam 1432 H :)

DOA AKHIR TAHUN (1431 H)


“ Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan 
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang 
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. 
Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di 
dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkan 
aku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya 
aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang 
demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku denganpahala atas 
yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu. 

Wahai Tuhan! Wahai Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia 
Agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku 
kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami 
Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan 
kesejahteraan ke atas mereka. 

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini,maka syaitan akan berkata:
 
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”





DOA AWAL MUHARAM (1432 H)

“ Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Allah berselawat dan mengurniakan 
kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarganya serta 
sahabat-sahabatnya. Wahai Allah, Engkaulah yang Kekal Abadi, yang Qadim, yang Awal 
dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah 
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan daripada-Mu 
di sepanjang tahun ini, daripada syaitan dan pembantu-pembantunya serta 
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan
 kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Agung dan Maha 
Mulia. Wahai yang paling pengasih daripada mereka yang mengasihi dan Allah berselawat 
ke atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan 
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka”






Friday, December 3, 2010

Pesanku Buat Si Dia....



Tolong sampaikan pada si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia hanya akan membuatnya alpa..



Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Allah Hu Ya Waduud( Maha Menyinta-Mengasihi)
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Allah Hu Ya Latiff (Maha Lembut)
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurgaNya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak kakinya ada syurgaNya..



Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku mengasihinya kerana aklaknya..



Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu membuai fikirannya..



Tolong sedarkan si dia, aku milik Allah Hu Ya Khaliq ( Maha Mencipta)
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..



Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan didekati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak memisahkan hingga mejadi penyebab tumbuhnya kerinduannya..



Tolong pesankan padanya, aku tidak mau menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesankan padanya, aku tak mau menjadi penyebab kegagalannya..
Tolong pesankan padanya, hanya doa yang dapat kupanjatkan biarkan Allah Hu Ya Muhaimin (Maha Memelihara) menjaga dirinya..



Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mau mengecewakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mau dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendorong semangatku dalam berikhtiar dan berusaha..



Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Allah Hu Ya Karim (Maha Mulia)..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...




Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Semoga dia ibarat seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Ya Allah Hu Ya Kabir(Maha Besar)





Telefon Bimbit & Kamu!

Zaman sekarang ini, telefon bimbit tidak lagi menjadi satu kehendak malah ia sudah menjadi antara keperluan dalam hidup. Dan percaya atau tidak, ramai di antara kita di luar sana  yang tidak boleh hidup sempurna jika tidak ada telefon bimbit. Tapi tahukah kamu bagaimana hendak menjaga telefon bimbit agar ia digunakan dengan cara yang betul?Jom ikuti tips ini....


10 TIPS MENJAGA TELEFON BIMBIT



  • Jika mempunyai kad SIM yang baru,kamu hendaklah mendaftarkannya terlebih dahulu. Pastikan ianya digunakan dengan cara yang sah. (Tapi sekarang pihak2 kedai pun dah buat siap2 untuk daftar bila kita nak beli nombor baru,jadi takde masalah la kot)... :)

  • Aktifkan fungsi keselamatan seperti PIN code atau code PhoneLock sebelum akses ke telefon bimbit. Langkah ini adalah untuk menjaga terlefon bimbit kamu dari diakses oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

  • Aktifkan fungsi Keypad Lock secara automatik bagi mengelakkan kamu tertekan butang Call secara tidak sengaja. Kadang-kadang kecuaian kecil sebegini mampu menyebabkan kamu menanggung kerugian yang besar!

  • Amalkan mengecas telefon bimbit apabila bateri hampir atau betul-betul habis. Jika kamu cas telefon bimbit sebelum bateri habis sepenuhnya, ini akan menyebabkan bateri telefon bimbit tersebut mudah rosak. Lebih-lebih lagi jika kamu membeli dan menggunakan telefon bimbit baru. 

  • Gunalah bateri original dan berkualiti. Selain daripada menjaga telefon bimbit agar tetap elok, ia juga turut menjaga bateri agar tahan kama.

  • Jika kamu sering meletakkan telefon bimbit kamu di merata tempat, sila ubah tabiat tersebut sekarang. Ini kerana ia boleh merosakkan kerangka telefon bimbit jika tidak sengaja terpijak atau terduduk atas telefon bimbit tersebut. Kamu juga boleh menggunakan sarung telefon bimbit untuk melindunginya dari tercalar ataupun terkena kotoran. 

  • Jika telefon bimbit kamu kelihatan kotor, bersihkannya dengan menggunakan kain lembut. Jangan sesekali gunakan air untuk membersihkannya kerana ia akan memberi kesan kepada komponen dalam telefon tersebut. Senang cerita, telefon bimbit kamu akan rosak jika terkena air.

  • Letakkan telefon bimbit kamu di tempat yang mempunyai suhu normal supaya komponen telefon bimbit kamu tidak berlaku pengewapan.

  • Jika kamu merasakan suhu telefon bimbit terlalu panas setelah menggunakannya, adalah dinasihatkan untuk mematikan telefon tersebut bagi menjaga komponen serta aplikasi agar tidak mudah rosak.

  • Jangan sengaja ataupun tidak sengaja menjatuhkan, baling atau dekatkan telefon bimbit kamu dengan api atau membiarkannya terdedah kepada terik matahari seperti tinggalkannya dalam kereta. Ini juga bagi mengelakkan dari telefon bimbit kamu dicuri serta kerosakan pada gajet itu sendiri.

Tuesday, November 9, 2010

7 PERKARA YANG LELAKI HARAPKAN SI GADIS TAHU!

SEDARI HAKIKAT INI, GOLONGAN GADIS MUDAH MENJADI MELLOW BILA SESEORANG LELAKI MENDAMPINGINYA. APATAH LAGI MELAYANNYA MESRA. TETAPI TIDAK SEMESTINYA LELAKI ITU TELAH JATUH CINTA KEPADANYA. MUNGKIN ATAS DASAR , TETAPI SI GADIS SERING TERSALAH ANGGAP. OPS! MALUNYA.. SO GIRLS! THIS IS THE THINGS ABOUT GUYS THAT YOU SHOULD KNOW! 


                                
                                  7 PERKARA yang LELAKI
                         harapkan SI GADIS tahu!



  • KERAP MENGHUBUNGI BUKAN TANDA SUDAH JATUH CINTA
Pertanyaan: "T0long katakan, adakah saya kerap menghubungi seseorang gadis, ini bermakna saya ingin menjadikannya sebagai kekasih?"

Kesimpulan: Okay girls. Itu antara kenyataan yang perlu kamu ambil peduli. Lelaki ada kalanya menghubungi hanya untuk bertukar-tukar cerita, pendapat, bertanya khabar atau pun mengisi masa terluang. Kerap menghubungi bukan bererti jatuh cinta. Sila jangan cepat perasan 0kay! Kalau mahukan kepastian, jangan segan-silu untuk bertanya dari terus berteka-teki. 





  •      LEBIH CANTIK TANPA MAKE-UP!
Pertanyaan: " Kenapa girls suka sangat tempek muka dia 0rang dengan macam-macam warna yang selalu bikin nampak jadi pelik?" 


Kesimpulan: Sedari hakikat ini, dengan s0lekan yang tebal di wajah, sese0rang gadis itu kurang menampakkan keaslian dari segi kecantikan. Ada kalanya ia nampak fake! 0h Tidak! Ini bukan yang diingini 0leh sese0rang lelaki yang lebih mudah tertarik dengan kecantikan secara semula jadi. Jadi wahai gadis sekalian, hendak bers0lek itu b0leh tapi biarlah berpada-pada. Kekalkan keaslian wajah itu lebih utama. Serlahkan budi bicara dan sikap yang boleh dipuji serta menarik perhatian.





  • TERGEDIK-GEDIK??? EXCUSE ME!
Pertanyaan: " Adakah tergedik-gedik dan 0ver acting itu memang sikap semula jadi seseorang gadis?"


Kesimpulan: Lelaki paling tidak suka dengan gadis yang bersikap sebegini. Sungguh menjelikkan! Tidak dinafikan gadis dalam usia remaja cukup gemarkan perhatian. Tetapi tol0ng jangan meraih perhatian dengan cara sebegini. Ada banyak cara lain untuk menarik perhatian lelaki. Antaranya tampil dengan pakaian yang menarik dan paling utama, sila serlahkan sikap keanggunan yang perlu ada pada diri seorang gadis.





  • TERLALU RISAU TENTANG FIZIKAL
Pertanyaan: " Rambut serba tak kena pun b0leh mo0dy, perut nampak buncitlah, paha besarlah....macam-macam nak k0mplen? Perempuan memang begitu ke?"


Kesimpulan: Terimalah kenyataan bahawasanya bentuk fizikal sudah sedemikian rupa. Andai tak puas hati, lakukanlah perubahan. Lelaki cukup pantang mendengar rungutan dan bebelan tersebut.





  • BANGGA BERCERITA SOAL 'ASET '
Pertanyaan: " Ada kawan perempuan yang tidak segan silu bercerita tentang saiz payudara mereka. Perlukah bercerita soal ini di hadapan lelaki?"


Kesimpulan: Sikap penuh keterbukaan ini bukan membenarkan semua perkara wajar diceritakan. Kalau bab-bab 'aset' ini, nak bercerita sekali pun biarlah dengan kawan perempuan sahaja. Tak perlu dik0ngsikan dengan kawan lelaki. Sebagai seorang gadis, perlu ada sikap malu terutamanya dalam hal sedemikan. 





  • TERLALU SEKSI??? ISYYYY....
Pertanyaan: " Girls ni memang suka show-off dengan berpakaian seksi ke? Berlumba-lumba nak tayang aset pulak."


Kesimpulan: Memang betul....kalau terlalu seksi atau pun bergaya sebegitu tak kena tempat, memang sahih nampak seperti perempuan murahan. Elakkan sedemikian rupa kerana setiap wanita perlu menjaga maruah masing-masing. Bila berpakaian seksi ini juga b0leh mengundang perkara-perkara yang tidak el0k seperti kes rog0l. Tidak salah mahu bergaya, asalkan jangan keterlaluan. 





  • KEBANYAKKAN LELAKI MENCARI GADIS YANG BOLEH DIJADIKAN PASANGAN
Pertanyaan: " Bagaimana hendak mencari gadis yang benar-benar memenuhi impian?"


Kesimpulan: Ada lelaki yang bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian. Jika gadis yang sedang didampingi tidak sesuai dengannya, dia b0leh bertukar kepada cal0n yang lain. Ini perkara yang l0gik yang perlu diterima oleh gol0ngan wanita. Bukan paras rupa semata-mata, apa yang penting ialah hati budi dan akal fikiran calon yang didampingi.  :)







Tuesday, October 19, 2010

TOP 10 RAHSIA LELAKI YANG PERLU KAMU TAHU!

BUKAN MUDAH MEMBONGKAR RAHSIA SEORANG LELAKI. MASAKAN TIDAK, ADA SAHAJA YANG SEBOLEHNYA MAHU DISOROK LELAKI SEBAGAI SALAH SATU USAHA UNTUK MENYEMBUNYIKAN KELEMAHAN YANG ADA. OLEH SEBAB ITULAH, SEBILANGAN BESAR GADIS MELABELKAN LELAKI SEBAGAI SEORANG YANG CUKUP KEBAL DENGAN RAHSIA MISTERI. AKAN TETAPI MEREKA SEBENARNYA TIDAK TAHU, BAHAWA SIKAP DAN KRITERIA LELAKI JUGA BOLEH DIKENALPASTI MENERUSI GERAK GERI DAN JUGA PERILAKUNYA. MUNGKIN DENGAN CARA INI, IA SEDIKIT SEBANYAK BOLEH MEMBANTU SI GADIS DALAM MENILAI MEREKA. JOM KITA LIHAT..

  • Perlu kamu tahu bahawa lelaki tidak akan tertarik dengan gadis hanya kerana dia mempunyai bentuk fizikal yang menarik. Apa yang pasti, lelaki cukup senang andai berdampingan dengan gadis yang bijak, boleh bersembang mengenai apa sahaja, dan tidak mengada-ngada tak kena tempat.

  • Lelaki juga mudah 'cair' jika gadis yang mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka. Contohnya, jika si lelaki meminati sukan bola sepak, si gadis memberi sepenuh sokongan padanya. Pada masa sama, lelaki juga senang dengan gadis yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya. 

  • Lelaki bukan seorang yang 'mesra' telefon! Itu perkara yang perlu diketahui si gadis. Sudah menjadi adat bercinta, si gadis akan naik berang jika SMS yang dihantar buat kekasih hati lambat dibalas. Namun kamu perlu sedar, bahawa lelaki bukan jenis yang 'bersama' telefon 24jam. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti lain selain dari berSMS.

  • Hampir 50% responden kaum Adam di negara membangun mengakui, lelaki dari Itali adalah kelompok yang begitu peka dengan fesyen. Jadi sebagai kekasihnya, lelaki cukup suka andai kamu memberi idea atau menegur mengenai gaya pemakaiannya. Tapi, teguran kamu biarlah berlapik ya.

  • Majoriti lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating buat kali yang pertama. Jadi jika kamu berada dalam situasi ini, cuba untuk menenangkan lelaki itu dengan berbual-bual topik ringan dengannya misalnya tentang filem terbaru atau lagu kegemarannya.

  • Lelaki cukup pantang dengan leteran dari gadis! Kamu perlu sedar bahawa lelaki adalah golongan yang tidak suka dikongkong. Jadi adalah lebih baik andai kamu menasihatinya andai si dia ada melakukan kesilapan dari terus 'menghamburkan' leteran yang meleret-leret. Panas telinganya nanti! 

  • Lelaki kurang mengerti dengan bahasa tubuh kamu. Lebih teruk, lelaki juga tidak faham dengan makna kata-kata kiasan yang kamu tuturkan padanya. Tapi, jangan mudah melenting kerana lelaki sememangnya tidak suka dengan 'bahasa' yang berkias-kias. Jika ada perkara yang kamu tidak puas hati, cakap sahaja padanya. 

  • Pita suara lelaki adalah lebih panjang berbanding perempuan. Saluran nafas mereka juga 30% lebih besar. Jadi tidak hairanlah jika suara lelaki lebih kuat dan  besar terutamanya bila dengar mereka 'menjerit'.

  • Berapa ramai perempuannya yang cantik-cantik, kamu perlu tahu bahawa lelaki hanya mempunyai seorang gadis sebagai teman sehidup semati. Ya, lelaki sering dicop sebagai seorang yang nakal, suka mengusik perempuan dan sebagainya. Tapi ketahuilah bahawa andai dia sudah bersedia untuk mempunyai komitmen, mereka hanya akan memberi tumpuan terhadap seorang perempuan sahaja.

  • Lelaki lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran. Terutamanya dalam hal yang berkaitan keseronokkan dan kebebasan. Tidak hairanlah andai teman lelaki kamu mula 'berubah sikap' setelah berjumpa dengan rakan-rakanya. Hmm, bila bersama kamu, mereka jadi 'OK' balik. 
ili balqis 

Friday, October 15, 2010

9 Cara Atasi Patah Hati!

Pasti ramai yang berada di luar sana pernah merasai detik-detik yang paling sukar dalam hidup. Rata-rata remaja yang ditemui meluahkan bahawa saat putus cinta, kecewa atau patah hati adalah detik yang sangat menyakitkan yang pernah dilaluinya.


Patah hati atau sakit hati yang anda rasai itu adalah satu 'akibat' atau 'kesan' daripada setiap keputusan yang anda pilih. Contohn lain yang boleh dijadikan gambaran emosi diri anda dalam 'satu-satu' masa tertentu ialah ; cuba bayangkan kamu baru sahaja memutuskan untuk menjalin hubungan dengan seseorang. Bagaimanakah perasaan kamu pada waktu itu? Rasa 'berbunga-bunga' atau bahagia itu timbul kesan daripada tindakan atau keputusan yang kamu pilih.

Walau bagaimanapun, lamanya menjalin sesebuah perhubungan ternyata tidak boleh dijadikan jaminan bahawa perhubungan itu boleh diikat dengan satu pertalian yang lebih istimewa. Ada pasangan kekasih yang sudah berbelas tahun berkasih namun akhirnya putus jua di tengah jalan.

Bermacam-macam alasan boleh dijadikan sebab patah hati. Antaranya ialah curang, tidak direstui keluarga, si dia memilih untuk berkahwin dengan orang lain atau putus hanya kerana sudah rasa bosan.

Buat anda yang baru sahaja patah hati kerana salah satu sebab di atas atau apa jua sebabnya, cuba semak beberapa tips berikut yang mungkin boleh menjadi sumber inspirasi untuk anda agar tidak terus bersedih kerana ditinggalkan kekasih.


Percaya pada takdir

  • Bila 'bekas kekasih' memutuskan untuk memilih orang lain, ajar diri kamu untuk mempercayai bahawa dunia belum berakhir lagi. Pujuk diri dengan mengatakan bahawa si dia bukan yang terbaik untuk kamu. Yakinlah bahawa Tuhan memiliki rencana indah lain untuk kamu.

Relakan

  • Mencintai seseorang bererti kamu harus bersiap sedia untuk merelakan si dia terus bahagia dan bersedia untuk kehilangannya. Bila si dia menyatakan bahawa dia tidak merasa bahagia ketika dengan kamu, jangan sesekali memaksanya untuk tetap berada di sisi kamu.

Lupakan

  • Teori memang tak semudah praktikal. Namun saat dia memutuskan untuk meninggalkan kamu walau atas alasan apa pun, kamu harus mengajar diri untuk melupakannya. Awalnya memang sukar. Apa kata kamu sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti positif di luar sebagai usaha untuk melupakannya.

Ambil hikmahnya

  • Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang berharga untuk kamu. Ambil hikmahnya dan pastikan ketika kamu memulakan hubungan yang baru, hal-hal seperti itu tidak berulang.

Be nice

  • Kamu perlu terus berbuat baik ketika berhubungan dengan siapa pun. Tingkatkan harga diri dan teluslah dalam perhubungan. Kamu pasti akan lebih dihargai oleh individu baru kelak.

Jangan bersendirian

  • Tangani masalah dengan bijak! Orang yang baru putus cinta suka berfikir dan melakukan hal yang aneh, lebih-lebih lagi sewaktu bersendirian. Jadi, elakkan!

Bersedia untuk orang baru

  • Jangan mengurung diri kamu dari pergaulan dengn dunia luar. Yakinkan diri kamu untuk kembali menjalin hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan yang lain. Bukalah networking yang baru.

Serlahkan potensi diri

  • Wake up! Jangan biarkan diri kamu terperangkap dalam lara begitu lama. Cari semula potensi diri kamu sehingga ia boleh dinilai oleh orang lain.

Berdoa dan tawakal

  • Serahkan segalanya pada kekuasaan Tuhan. Kamu bakal menemui kedamaian saat kamu mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.

di samping itu,meh la klik2 kat sini.. terima kasih ya..

Thursday, October 14, 2010

Kelebihan 'Subhanallah Wa Bihamdih' Seribu Kali

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu' Anhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

Sesiapa yang berkata di waktu pagi: (subhanallah wa bihamdih) sebanyak seribu
kali, sesungguhnya ia telah membeli dirinya daripada Allah pada akhir harinya itu, ia
akan dimasukkan di kalangan orang yang dimerdekan oleh Allah daripada api
neraka.
Ia juga diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam kitab " al-Ausath" dan diriwayatkan juga oleh al-Kharaiti, al-Asbahani dan lain-lain lagi.
Keterangan:
Manusia adalah merupakan milik Allah s.w.t, Tuhan yang menjadikan dan menciptakan segala sesuatu. Manusia dijanjikan syurga jika beriman dan mengerjakan amal soleh. Bagi mereka yang tidak beriman dan mengerjakan perbuatan keji dan mungkar akan dicampakkan ke dalam neraka.
Di dalam hadis di atas, orang yang berzikir dengan 'Subhanallah Wa Bihamdih' sebanyak seribu kali di waktu pagi adalah termasuk dalam golongan manusia yang dibebaskan oleh Allah daripada azab neraka, bahkan mereka diperumpamakan dengan orang yang membeli diri mereka sendiri daripada Allah.
Perumpamaan ini menggambarkan kepada kita bahawa mereka bebas sepertimana bebasnya menggunakan barang yang telah pun dibeli.
Wallahu a'lam.

Wednesday, October 13, 2010

TIPS ELAK JADI MANGSA GANGGUAN SEKSUAL

Anda marah apabila diri dijadikan mangsa gangguan seksual? Tetapi ada kalanya kamu yang sebenarnya membenarkan diri menjadi gangguan seksual. Oleh itu, jangan perangkap diri kamu sendiri. Berikut adalah tips untuk mengelakkan diri dari jadi mangsa..

Jangan Berpakaian Seksi



  • .Pakaian yang menjolok mata merupakan antara faktor utama kamu dijadikan sebagai mangsa. Ada kalanya lelaki yang tidak ada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik pun boleh terdorong melakukan perkara yang tidak baik apabila melihat pakaian kamu yang seksi




Pergaulan Yang Tiada Batasan




  • Harus sentiasa ingat pergaulan antara perempuan dan lelaki perlu ada batas-batasnya. Memberikan kebebasan untuk lelaki bercakap apa-apa sahaja dan menyentuh tanpa ada batasan itulah yang boleh menjerumus kepada maslah gangguan seksual.




Hormati Diri Kamu




  • Ertinya jangan terlalu mudah membenarkan lelaki menyentuh kamu walaupun tidak ada tujuan yang mencurigakan. Tidak kiralah sama ada lelaki tersebut rapat ataupun tidak dengan kamu. Hormatilah diri kamu daripada diperlakukan sesuka hati.




Had Dalam Bergurau




  • Kebiasaannya apabila bergurau, kamu jadi terlupa serta membiarkan diri disentuh dan kamu juga tanpa segan akan bertepuk tampar dengan lelaki. Seharusnya ini tidak berlaku kerana biar pun dalam keadaan bergurau kamu harus mengikat diri kamu dengan batas-batas pergaulan.




Elak Mengeluarkan Sebarang Perkataan Lucah




  • Biar bagaimana rapat sekali pun hubungan kamu dengan sesiapa pun jangan merendah diri dengan berbicara yang berbau lucah. Faktor ini antara yang mendorong lelaki berani untuk mengganggu kamu berbentuk seksual.

http://www.kuasaforex.com/index.php?ref=ilibalqis86





Tuesday, October 12, 2010

Oh Cinta!

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

* tersentuh sungguh bila baca cerita ni*

Thursday, September 30, 2010

K.E.M.B.A.L.I

assalamualaikum..


setelah berbulan2 menghilangkan diri, tak online,kini daku kembali. Kembali dengan penuh harapan, cabaran dan macam2 lagi. Jujur,diri ini masih lagi bersedih dengan kehilangan arwah bapa yang amat disayangi baru2 ini namun ku teruskan juga hidup ini dengan tabah.


Kembalinya ili membawa harapan yang cukup tinggi, semoga diri ini cukup kuat untuk meneruskan hidup dengan mengumpul bekalan amalan yang banyak apabila tiba masanya nanti..


untuk arwah bapak, akish sangat2 sayangkan bapak..ibu dan zharif pun macam tu jugak. kami semua amat terasa dengan pemergian bapak.. Semoga rohmu dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan para solihin dan orang2 yang beriman dan dimasukkan ke syurga firdausMu... Allah lebih menyayangimu. Hanya doa, sedekah serta amalan2 kami dapat ku pohon untukmu di sana. Al-Fatihah.

Wednesday, April 28, 2010

Pemergian yang tak diduga

Tatkala menulis post ini, ada terasa sebak di hati. Baru-baru ini pada tanggal 9 April 2010, seorang sahabat saya telah pun kembali ke rahmatullah, menyahut seruan Ilahi. Beliau adalah Allahyarham Shah Farin Bin Manzor Husin Shah a.ka Yen. Allahyarham merupakan sahabat saya di kala sekolah menengah dulu. Hmm. Dia seorang yang sangat ceria, suka melawak, mengusik rakan-rakan dan pendek kata dia memang seorang yang cukup peramah. Sesungguhnya, pemergiannya amat dirasai oleh kami yang menjadi sahabatnya.

Pemergiannya tanpa diduga. Beliau sempat mengusik, melawak, menyakat saya beberapa hari sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Terkedu, terduduk,tergamam seketika tatkala mendapat pesanan sms dari seorang rakan baik (ija) yang memberitahu bahawa allahyarham telah pun tiada, telah pergi meninggalkan kami semua tanpa pesan. Beberapa kali saya beristigfar, benarkah berita yang baru saya terima itu? adakah ini semuanya permainan? Namun, bila sudah berada dalam keadaan sedar, perkara kematian bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. Saya juga ada bertanyakan kepada rakan-rakan yang lain dan sahlah allahyarham telah pun pergi buat selama-lamanya.

Pada ketika itulah, hati berasa sungguh sebak,tak dapat nak digambarkan. Air mata mengalir laju. Sesungguhnya, berita itu amat mengejutkan. Terasa kehilangannya. Allahyarham dikatakan telah mati lemas di sungai di sungai perak, dan hilang, di jumpai pada petang keesokkan harinya dalam keadaan telah pun kembung dan berbau. Ya Allah Ya Tuhanku, tiada siapa pun yang ingin pergi dalam keadaan seperti itu tapi inilah takdir yang telah ditentukan olehMu kepadanya.

Berita kematiannya juga punyai banyak versi cerita. Ada kata dia terjatuh sungai kemudiannya lemas, ada yang kata dia dipukul kemudian mungkin dibuang ke sungai. Entahlah, saya tidak berani atau mahu mengulas apa-apa. Apa yang terjadi itu biarlah ianya menjadi rahsia antara arwah dengan Allah. Seingat saya arwah memang pandai berenang. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Teringat lagi arwah hendak sangat buat reunion bersama kawan-kawan sekolahnya. Teringat lagi arwah berbincang dengan rakan-rakan yang lain di laman Facebook, berbincang ke mana hendak pergi dan sebagainya. Teringat lagi arwah begitu beriya-iya hendak berjumpa dengan rakan-rakan yang lain namun impiannya hendak reunion bersama rakan-rakan untuk bergelak ketawa,berkongsi cerita dan sebagainya tidak kesampaian. Apa yang jadi akhirnya seperti reunion juga apabila begitu ramai rakan-rakan yang datang pada hari pengebumiannya. Ramai yang tidak percaya dengan pemergiannya. Ada yang tidak mampu menahan dari airmata dari mengalir. Saya berasa amat terkilan kerana tidak dapat hadir di hari pengebumiannya. Sesungguhnya sepanjang hayatnya,arwah sangat-sangat baik, peramah, menceriakan kehidupan orang lain dengan lawak jenakanya, gurauannya.


Post ini ditulis bukan sahaja untuk mengingatinya tapi dalam masa yang sama terasa sebak sangat-sangat apabila arwah tidak dapat menyambut hari lahirnya yang ke-24 pada 29 April ini ( iaitu esok). Allah lebih menyayangimu yen. Hanya doa, sedekah al-fatihah dan lain-lain dapat ku pohon untukmu di sana. Semoga rohmu dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayangimu. Walaupun dikau telah pergi buat selama-lamanya namun dikau masih di hati kami semua..sahabat-sahabatmu..
Allahyarham Shah Farin a.k.a Yen









* sangat sebak apabila mendengar lagu nyanyian aizat: pergi *













































































Friday, March 5, 2010

Anjing Kurap yang Tak Bertuan

Post ini bukan ditujukan untuk sesapa... Sekadar melepas rasa marah, ketidakpuasan hati terhadap haiwan kurap yang satu ini di lorong kawasan perumahanku.. Apa perasaan anda apabila depan kawasan rumah anda yang bersih tiba-tiba dicemari dengan longgokan najis daripada haiwan yang satu ini?? Apa anda semua rasa?


Apa perasaan anda apabila anda terpaksa membuangnya tak kira la apa cara sekalipun? Kalau sekali melepas tu boleh la sabar la (walaupun sebenarnya tak sabar pun), tapi ni hari-hari haiwan kurap yang satu ini melepas kat depan rumah, tak depan rumah saya, mesti depan rumah jiran sebelah.. Dahlah kami ni dua-dua orang melayu... Sebelah-menyebelah.... Hari-hari kami berhadapan dengan masalah yang sama... Larat ke kami nak buang hari2?

Bayangkan anda balik dari kerja penat-penat pada waktu petang mahupun di waktu pagi sewaktu nak pergi kerja atau mana-mana pun, anda ternampak longgokan 'baik punya' menanti anda di depan rumah, apa anda rasa? Mesti marah+tension+bengang+rasa nak mengamuk pun ada kan.. Ni la masalah yang melanda... Saban hari menjadi part timer buang longgokan tu... Siap pakej rangsangan bau pulak tu... Siap nak termuntah2 lagi, letak minyak cap kapak sampai pedih hidung pun bau benda tu still kuat *geram siot*


Jiran sebelah mencadangkan macam-macam agar haiwan kurap yang satu ini tidak lagi melepaskan apa-apa lagi di depan rumah kitaorang... Still memikirkannya lagi... Walau pun dalam keadaan marah tapi still ada sifat perikemanusiaan... Tapi tak tau sampai bila tahap kesabaran ni boleh bertahan lagi... Bukan apa,rumah orang melayu ni... Kita pun tau haiwan ni bukan tau apa pun tapi sampai bila?
Tak tau apa cara nak buat agar haiwan kurap yang satu ni takda lagi di sini.... Tension... *huh*

tertekan tengok hari-hari macam ni..

~ sekadar melepaskan rasa marah ~

Thursday, February 25, 2010

Mengamalkan Diet Yang Betul!




Anda remaja yang mempunyai masalah berat badan? Masalah berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan para remaja untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.

Namun ramai remaja sekarang ini tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.

Ada juga remaja yang terikut2 rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur. Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, sediakan beberapa tip khas untuk remaja.

Minum banyak air
◘ Anda harus mengamalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari(lebih dari itu lagi okay). Seeloknya bawalah air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah,tempat pengajian,pejabat mahupun keluar bersiar2.


Diet buah-buahan dan sayuran
◘ Anda digalakkan makan banyak buah-buahan dan membiasakan diri memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Mulai sekarang jadikanlah ia sebagai hidangan wajib setiap hari...(ingat tu wajib!) :)

Lebihkan pengambilan bijirin
◘ Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin E dan nutrien fito. Pengambilanh sarapan seperti bijirin amat baik dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.

Kurangkan minuman bersoda
◘ Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi 8 sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu 6 sudu teh bersamaan 100 kalori atau 9 sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori. (hmmm..fikir-fikirkan lah yer sebelum nak minum tu... banyak sangat tu gula untuk setin)..


Menimbang berat badan setiap minggu
◘ Apabila menimbang berat setiap minggu,anda akan tahu perkembang berat anda. Tak payah timbang hari-hari,cukuplah skali atau dua dalam seminggu. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.


Tentukan tahap kelaparan
◘ Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.


Prihatin dengan makanan
◘ Jika ada peluang, luangkan masa untuk menigira jumlah kalori makanan yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda mengamalkan diet yang salah.
* Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti bersamaan dengan sepinggan nasi?


Elakkan makan malam
◘ Seboleh-bolehnya elakkan makan malam selepas pukul 8. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.


Jangan biarkan diri kelaparan
◘ Jika anda fikir dengan menahan lapar itu salah satu dari diet,anda salah. Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?


Bersenam
◘ Inilah perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan anda iaitu dengan bersenam (bersenam okay).. Bersenam sebenarnya boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman yang ringkas.
* Sebagai contoh,elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga.. Begitu juga jika hendak ke kedai, naiklah basikal ataupun berjalan kaki..

Selamat mencuba!




















Wednesday, February 10, 2010

Belajar Menerima Pandangan Orang Lain


yeahh!! Baru hari ini nak mengupdatekan blog setelah sekian lama menyepi...ala² iklan 'berehat sebentar bersama kit kat' gitu (macam 2la agaknya..tak ke lama sangat tu..heh) apa² je la kan..






okay la untuk post kali ni nak bersembang pasal macam mana kita nak belajar menerima pandangan orang lain...Ada yang kata senang,ada yang kata susah,ada yang kata macam senang jer dan ada juga yang kata bila nak buat baru terasa susah...






Manusia yang lemah hanya kerana mereka mementingkan diri sendiri...Bagi mereka,pandangan orang lain belakang kira,jangan ambil tahu dan langsung tidak diendahkan.. Salah satu jenis pentingkan diri ni adalah tidak mahu mendengar suara(pandangan)orang di sekitar..Apa yang mahu dia dengar ialah suara² nafsu serta keinginannya sahaja, walaupun kadangkala ianya akan menyebabkan orang lain menderita kerana sikap pentingkan dirinya itu..(tak baik tu...)









Nabi Sulaiman a.s sebagai contoh,sanggup mendengar suara serta pendapat luar walaupun hanya daripada seekor burung hud² mengenai kerajaan Saba'.









Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w yang sanggup mendengar pendapat dan pandangan para sahabat,kemudian bersama² berfikir mengenai cadangan dan yang terakhir melaksanakan kata sepakat/kesimpulan yang telah dipersetujui bersama... Bukankah itu memberikan kejayaan?Fikirkan lah...




Sekiranya kita hendak menyelami hati seseorang, kita mestilah mendengar dahulu suara mereka dan semestinya kita haruslah menjadi PENDENGAR yang baik.


Antara suara2 yang perlu kita dengar dalam kehidupan seharian adalah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita contohnya seperti suara hati ibu bapa,suami,isteri,anak2,adik beradik,teman dan sahabat kita.


Luangkan masa untuk mendengar sama ada ianya berbentuk pujian ataupun teguran.Tunjukkan wajah dan ada tindak balas.


Seboleh2nya hindarilah wajah yang dingin(masam mencuka dan sebagainya) kerana ianya akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi(sama ada meluahkan perasaan,bertanyakan pendapat dan lain2)dengan kita. Banyak orang akan suka apabila ceritanya didengari .


2. Suara lawan.Suara lawan memang sukar untuk diterima malah kadang2 ianya disambut dengan lawan juga.


Bagi mereka yang bijaksana,suara lawan ini sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka inilah kita boleh mengetahui kelemahan,salah silap dan sebagainya dan membolehkan kita memperbaikinya untuk masa akan datang.


Bak kata bijak pandai "apabila lawan kita menceritakan aib kita,sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia begitu mengambil berat ,bersusah meluangkan masa dan fikirannya mengenai kita".


Cuba kita fikirkan,berapa banyakkah waktu yang kita pernah gunakan untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?


Oleh itu,mulai sekarang marilah kita mendengar,bukan sahaja kata2 tetapi juga perasaan mereka yang berada di sekeliling mereka...InsyaAllah, mereka juga akan tetap melakukan perkara yang sama....