Monday, January 19, 2009

Michael Jackson Akhirnya Peluk Islam...

Michael Jackson sudah memeluk agama Islam?? Sebelum ini ade gosip2 yang tersebar mengatakan penyanyi tersebut sedang mendalami agama Islam malah telah pun memeluk agama suci itu,namun tiada bukti mengenai khabar angin berkenaan..

Sumber dari portal hiburan murai.com(menerusi sebuah akhbar di Amerika Syarikat) telah melaporkan penyanyi lagu Beat It itu akhirnya sudah memeluk Islam di kediaman rakannyadi Los Angelas pada minggu ini..

Laporan itu turut berkata,upacara itu disaksikan beberapa rakan seni lain termasuk pendakwah Yusof Islam atau Cat Stevens. Sebelum ini, Michael adalah bekas penganut mazhab Kristian Jehovah's Witness.

Difahamkan juga bahawa, Michael yang berusia 50, mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara bersejarah itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Sebelum ini, abang Michael iaitu Jermaine Friday, terlebih dulu memeluk Islam pada 1989 dan sejak itu penyanyi lagu Heal The World itu mula menunjukkan minat terhadap ajaran Islam.

Satu ketika, selepas Jermaine pulang dari Tanah Suci Makkah, dia menghadiahkan Michael beberapa buku tentang ajaran Islam dan pada saat itu Jermaine semakin yakin bahawa satu hari kelak, pintu hati Michael akan benar-benar terbuka untuk menjadi seorang muslim.

alhamdulillah...akhirnya terbuka juga pintu hatinya...

:)

sumber dari : murai.com.my

No comments: