Thursday, January 22, 2009

Tiada Hidup Tanpa Ujian

Tidak ada hidup tanpa ujian! Hidup itu memang penuh ijuan, baik ujian dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, suka mahupun duka, kenikmatan mahupun ketidaknikmatan. Persoalannya bukanlah pada ujian itu. Persoalannya bukanlah pada sesuatu yang kita anggap masalah itu. Persoalannya bukan apa yang menimpa kita. Tetapi sesungguhnya adalah bagaimana kita menghadapi ujian itu, memandangnya, memaknainya,menyikapinya.



Tiada ubat yang lebih baik ketika menghadapi ujian selain daripada sabar dan ikhtiar. Tidak perlu mencaci keadaan, atau menyesali keadaan secara berlebihan, atau stress, atau menyumpahi keadaan. Lari dari ujian, atau berusaha mencaci keadaan, tidak menerima kenyataan bukanlah penyelesaian, tetapi hanya akan menambah masalah baru. Kembalikanlah semua yang telah terjadi kepada Allah. Sikap yang terbaik adalah mengambil hikmahnya, pelajaran berharga buat menghadapi hari esok. Lalu lanjutkan dengan ikhtiar, mengusahakan yang lebih baik ke depannya.



Tiada hidup yang tanpa ujian! Dalam konteks agama, ujian itu adalah sunnatullah. Dengan ujian, akan diketahui siapa orang yang beriman dan siapa orang yang tidak beriman. Bagaimana kita menghadapi ujian itu, itulah yang akan menentukan nilai kita di hadapan Allah (sekali lagi nilai di hadapan Allah, bukan di hadapan manusia).



Akhirnya, alangkah lebih baik jika ada masalah mendera, kita mendekatkan diri kepada Allah. Misalnya dengan meningkatkan kekhusyukan solat kita, doa kita, muhasabah kita, renungan kita.

Mintalah ampun kepada Allah. Mintalah petunjuk kepada Allah. Kalau bersungguh2 dilakukan, insyaAllah...Dia akan memberi petunjuk kepada kita....

Wednesday, January 21, 2009

KELMARIN, HARI INI DAN ESOK

Seorang bijak pandai pernah berkata, bahawa ada dua hari yang sama sekali tidak perlu kita bimbangkan.

Yang pertama: hari kelmarin. Kita tidak akan mampu mengubah apa yang telah terjadi dan berlaku. Kita tidak akan mampu menarik kembali perkataan yang telah kita ucapkan. Kita tidak mungkin dapat menghapus kesalahan; dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan pada hari kelmarin. Biarkan hari kelmarin berlalu; lepaskan saja ia.

Yang kedua: hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi. Kita tidak akan mampu melakukan apa2 esok hari. Kita tidak mungkin sedih atau ceria pada esok hari. Esok hari belum tiba; biarkan saja ia dan kita tunggu saja.

Yang tersisa kini adalah hari ini. Pintu masa berlalu telah tertutup; manakala pintu masa depan belum terbuka dan tiba.

Tumpukan saja diri kita untuk hari ini. Kita dapat melakukan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan tentang hari esok. Hiduplah hari ini! Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit. Hiduplah apa seadanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini; hari ini yang abadi.

Mari kita perbaiki kekurangan kita pada hari kelmarin dan kita lalui hari esok dengan menambah kualiti amal ibadah kita. Semoga amal ibadah kita hari ini lebih baik dari hari kelmarin, dan berusahalah agar amal ibadah kita pada hari esok akan lebih baik dari hari ini...

Monday, January 19, 2009

Michael Jackson Akhirnya Peluk Islam...

Michael Jackson sudah memeluk agama Islam?? Sebelum ini ade gosip2 yang tersebar mengatakan penyanyi tersebut sedang mendalami agama Islam malah telah pun memeluk agama suci itu,namun tiada bukti mengenai khabar angin berkenaan..

Sumber dari portal hiburan murai.com(menerusi sebuah akhbar di Amerika Syarikat) telah melaporkan penyanyi lagu Beat It itu akhirnya sudah memeluk Islam di kediaman rakannyadi Los Angelas pada minggu ini..

Laporan itu turut berkata,upacara itu disaksikan beberapa rakan seni lain termasuk pendakwah Yusof Islam atau Cat Stevens. Sebelum ini, Michael adalah bekas penganut mazhab Kristian Jehovah's Witness.

Difahamkan juga bahawa, Michael yang berusia 50, mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara bersejarah itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Sebelum ini, abang Michael iaitu Jermaine Friday, terlebih dulu memeluk Islam pada 1989 dan sejak itu penyanyi lagu Heal The World itu mula menunjukkan minat terhadap ajaran Islam.

Satu ketika, selepas Jermaine pulang dari Tanah Suci Makkah, dia menghadiahkan Michael beberapa buku tentang ajaran Islam dan pada saat itu Jermaine semakin yakin bahawa satu hari kelak, pintu hati Michael akan benar-benar terbuka untuk menjadi seorang muslim.

alhamdulillah...akhirnya terbuka juga pintu hatinya...

:)

sumber dari : murai.com.my

Friday, January 9, 2009

GENG: Pengembaraan Bermula at cinema 12.02.2009






Assalamualaikum dan salam sejahtera...Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009!


hmm..
agak lama ili tak update blog ni...
sebelum ni ade banyak hal yang perlu diselesaikan disamping banyak assignment,presentation and final exam...so sibuk sikit la.
sekarang dah tak berapa nak sibuk lagi,so boleh la nk update blog ni sikit2..
pape pun,nak jgn lupa tgk GENG: Pengembaraan Bermula di pawagam 12.02.2009...
jom ramai2 kita serbu pawagam...
serbu jangan tak serbu taw!
sama2lah kita menyokong animasi anak2 tempatan kita!

majulah animasi anak2 tempatan untuk negara!! :)
P/S : jgn lupa gak tgk upin & ipin dan kawan2 di tv9 tak lama lagi... :)