Friday, November 13, 2009
Tips Mempertahankan Diri
Wednesday, November 11, 2009
Lelaki bergosip?
Friday, October 30, 2009
Serlahkan Senyuman Si Dia...
Sukar membuatkan si dia tersenyum? Ikuti beberapa tip mudah yang membolehkan si dia tidak lokek melemparkan senyuman.
Namun, bagaimana pula sekiranya si dia begitu terkenal dengan sikap lokek senyuman? Apakah yang anda rasai setiap kali menatap wajahnya yang masam atau moody itu?
Malah, kepayahan si dia menghulurkan senyuman membuatkan anda berasa malu dengan rakan-rakan setiap kali keluar bersama.
Mungkin banyak harapan dan persoalan ingin diajukan kepadanya tetapi anda berasa takut untuk menjelaskan ketidakpuasaan hati itu, bukan?
Terdapat pelbagai cara untuk anda memberitahu dirinya agar sentiasa murah dengan senyuman. Apa yang perlu anda tahu ialah lelaki begitu sensitif terhadap isyarat badan seorang wanita.
Bertentang mata dengannya, menggunakan intonasi suara yang rendah, melakukan usapan lembut pada rambutnya dan sentiasa melemparkan senyuman walaupun dalam keadaan marah antara perkara yang mampu membuatkan si dia tersenyum.
Walaupun senyumannya hanya mengambil masa beberapa saat, hal ini akan menjadi satu kejutan buat diri anda. Ini kerana, si dia tidak menyangka yang anda mampu melakukan 'serangan' sebegitu rupa sehingga berjaya mengubah emosinya.
Sikapnya yang kedekut senyuman membuatkan anda terpaksa mengubah perangainya. Sekiranya anda sukar meluahkan menerusi ucapan, apa kata anda cuba memberitahunya melalui penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS).
Senaraikan ketidakpuasan hati anda itu dengan penggunaan ayat yang jelas. Nyatakan juga sebab anda terpaksa melakukan sedemikian. Mungkin dengan cara itu, si dia dapat menerima segala permintaan anda dan belajar melemparkan senyuman setiap kali bersama anda mahupun rakan-rakan anda.
Tanyalah tentang sesuatu perkara yang dia amat mengetahuinya. Contohnya, pasukan bola sepak yang digemarinya, mahupun jenis kereta. Ini kerana, lelaki mudah menguasai perkara-perkara sebegitu berbanding wanita. Lakukan seolah-olah dia seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Kemudian, barulah anda meminta kepastian mengenai masalah yang dihadapinya.
Tanyakan kepadanya adakah senyuman itu mampu memberi kesan terhadap tingkah laku dan peribadinya? Sekiranya tidak, kenapa senyuman itu tidak diterjemahkan dengan sebaik-baiknya. Mungkin dengan persoalan anda itu, anda berjaya memperoleh jawapan yang dikehendaki selama ini.
Memuji dirinya mengenai kelucuan atau kepintaran yang dia miliki selama ini sedikit sebanyak membantu anda mengubah emosinya yang lokek senyuman.
Cara ini mampu membuatkan si dia sedar dengan kelemahan diri sendiri dan terfikir untuk mengenalpasti kekurangan yang dihadapinya.
Tapi ingat, pujian yang tidak berasas mampu membuatkan dirinya mudah tersinggung.
Anda sudah ketandusan idea? Apa kata kali ini anda melakukan satu kejutan seolah-olah menandakan anda begitu mengharapkan senyuman daripadanya.
Caranya, hadiahkan kepadanya beberapa keping gambar kartun atau karikatur yang menggambarkan orang sedang tersenyum. Biarkan dia memikirkan sendiri apakah motif utama seni lukisan atau gambar yang dikirimkan itu. Langkah sebegini mampu membuatkan dirinya tersenyum sendirian
Wednesday, October 28, 2009
Tips Meluahkan Perasaan Cinta
Ia boleh membuatkan seseorang itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia sudah berpunya.
Bagi yg tidak pernah bercinta, pengalaman jatuh hati ini mungkin sesuatu yang aneh.
Mengungkapkan isi hati kepada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman.
♥ Rancang dengan matang
◘ Kita perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.
◘ Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya, lihat tempat dan waktu yg sesuai. Jangan berbuat demikian ketika dia ada tetamu.
♥ Kenali si dia dengan baik
◘ Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yg membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu².
♥ Ungkapkan cinta dengan
◘ Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.
◘ Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.
♥ Cari waktu dan tempat romantis
◘ Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.
♥ Ungkapkan cinta secara langsung
◘ Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.
♥ Jika berani, ungkapkan cinta di depan umum
◘ Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok sahaja.
♥ Siapkan mental
◘ Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengungkapkan kata cinta.
♥ Doa sebelum mengungkapkan cinta
◘ Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.
◘ Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau redha...
Monday, October 12, 2009
Rahsia Menambat Hati Perempuan..
Gunakan sepenuh teknologi yg ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar email untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' utk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yg sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dgn mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang²nya mereka akan berasa yg mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yg amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh² penting,contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada org yg kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yg kamu betul² menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama org yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu tonjolkan ke'macho'an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar² inginkan kamu di sisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama² dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yg mereka inginkan, kadang² mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita org lain' kepada kamu. jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yg terselit di celah² kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar...lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yg suka memendam terhadap sesuatu yg mereka tidak puas hati.
Mereka akan 'meletup' pada suatu hari.TETAPI kamu jangan sama² meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yg timbul dalam keadaan yg terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Di tahap kesabaran ini, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu! ♥
Tuesday, October 6, 2009
Tips Petua Cairkan Lelaki
Di sini diperturunkan 25 sifat yg perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.
Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yg perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yg ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.
Petua² tersebut adalah ~
1. Bentuk tubuh yg menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yg secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model,peliharalah ia supaya kekal hingga bila². Bagi mereka yg terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yg berusaha utk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yg mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yg kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yg jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yg runcing dan kuku yg bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yg mempunyai pendidikan yg lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk² kerana lelaki sangat gemarkan wanita yg merendah diri dan tahu menghormati org lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yg mengada² atau menunjukkan sikap manja yg berlebihan.
5. Jujurlah dgn teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yg jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yg sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yg mempunyai kecantikan yg semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yg dia suka dan elakkan perkara yg tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yg cantik. Kalau ada org lain memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dgn si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yg romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yg anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis² rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yg remeh temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yg penting sahaja kerana perkara remeh temeh yg anda sampaikan itu hanya akan mebuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yg melibatkan org lain atau lebih tepat lagi mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yg terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sesekali membandingkan si dia dgn rakan lelaki yg lain. Perkara itu hanya akan membuatnya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yg setia. Jangan sesekali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yg terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila org lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yg paling dicintainya.
16. Jangan terlalu suka meminta², merengek atau mendesak² kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak ansur dlm pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin kepada teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yg anda lakukan memberi impak yg cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yg remeh kerana banyak lagi perkara yg lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yg jelas. Jangan sesekali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yg sebegini.
20. Berterus teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sesekali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
21. Berikan nsedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman² mereka yg lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak² untuk terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman² rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman²nya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yg terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yg sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yg berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yg dilakukan.
24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya andai tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yg terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yg penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana² universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yg mempunyai etika serta sikap yg menyenangkan apabila anda bersama dengan si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.
sumber: gua.com
Wednesday, August 19, 2009
Manfaat berjalan kaki
Wednesday, August 12, 2009
Bersedia beri Komitmen
Bukan hendak mendesak supaya memutuskan hubungan tetapi menyuruhnya membuat persediaan awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.
Sekiranya anda berdepan dengan masalah sebegini, apakah cara terbaik untuk si dia memberikan komitmen?
♥ Cintai diri sendiri
Sekiranya anda belum berasa selesa dengan keadaan diri sendiri, jangan mengharapkan orang lain mencintai anda seperti anda menyintai dirinya.
Manfaatkan waktu terluang dengan melakukan hobi yang digemari atau meneroka setiap aspek spiritual, supaya diri anda sentiasa diisi dengan perkara-perkara yang positif.
♥ Ekspresi cinta tanpa syarat
Sesekali apa salahnya anda memberikan kejutan kecil seperti menyediakan sajian kegemarannya atau menghadiahkan sesuatu yang lebih istimewa. Yang penting, dia mengetahui bahawa anda tidak keberatan atau susah-payah melakukan semuanya itu semata-mata untuk dirinya.
♥ Tidak perlu bersandiwara
Menurut penulis buku Mars and Venus on a Date, John Gray, ciri-ciri yang perlu ada dalam hubungan cinta ialah kedua-dua belah pihak seharusnya mengetahui peranan masing-masing.
Ini bermakna, singkirkan sikap dan prasangka buruk yang boleh merosakkan perhubungan selama ini. Misalnya, suka membesar-besarkan masalah, merajuk tanpa sebab yang munasabah serta bersikap cemburu sekiranya ada wanita cuba berdampingan dengannya.
Berbanding wanita, kaum Adam akan berfikir lebih jauh sebelum memutuskan untuk memberi komitmen kepada pasangannya.
Tidak dinafikan, memang ada lelaki yang memutuskan lebih awal untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi itu sekadar impian dan bukannya realiti.
♥ Bicara dengannya
Jika anda perlu berbicara dengannya, pertimbangkan dengan matang setiap pendekatan yang akan anda lakukan itu. Hindari sikap ungkit-mengungkit masalah berkaitan masa depan dengan ucapan yang serius atau bernada tinggi.
Sebaliknya, lebih menguntungkan apabila anda mampu menunjukkan sikap positif dan santai.
♥ Tarik diri
Anda telah melakukan pelbagai pendekatan, namun si dia masih enggan memberi komitmen. Mungkin sudah tiba masanya anda memberikan ruang untuknya berfikir. Rencanakan perjalanan anda seorang diri selama beberapa hari. Sepanjang berjauhan dengannya, dia akan menyedari rasa kehilangan dan merasakan hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran anda.
Monday, August 10, 2009
ISYARAT ' ANGKAT KAKI '.
Takut sekiranya hati pasangan terguris akibat panahan kata-kata yang terkeluar dari mulut anda, maka anda mula melakukan pelbagai perkara yang menjadi isyarat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan.
Seandainya anda bijak dan mula menghidu tanda-tanda si dia ingin membebaskan dirinya daripada anda, apa yang perlu anda lakukan adalah bersiap sedia menghadapi saat keperitan itu. Isyarat itu juga boleh digunakan untuk 'merawat' hubungan daripada terus putus.
Perhatikan tanda-tanda yang si dia mula mencari punca pertengkaran sehingga menjadi alasan untuknya memutuskan ikatan cinta atau mencari pelbagai kesalahan untuk menyatakan bahawa anda tidak lagi serasi.
Berikut adalah lima isyarat utama yang menandakan si dia tidak lagi berminat untuk meneruskan hubungan cintanya walaupun anda sukar menerima kenyataan sebenar.
♥ 1 Sentiasa timbul masalah
~ CINTA sejati tidak bermakna anda harus akur dengan setiap kata-katanya pada setiap masa. Konflik yang berlaku secara kecil-kecilan sebenarnya baik untuk perhubungan.
Namun, jika pasangan menjadi sangat sensitif dengan masalah-masalah kecil, misalnya tentang pemilihan pakaian, tempat makan ataupun cara percakapan anda, mungkin itulah tanda-tanda awal bahawa si dia sedang mencari alasan untuk keluar daripada hubungan kamu berdua.
♥ 2 Kurang berhubung
~ SEBELUM ini, si dia tidak pernah gagal menelefon anda pada setiap saat semata-mata untuk bertanyakan khabar atau hanya ingin mengucapkan 'aku rindu kamu'. Tetapi kini, deringan telefon daripadanya tidak lagi kedengaran, bahkan tiga jam sekali barulah anda menerima mesej yang pendek daripadanya.
Jika si dia tidak lagi melakukan tindakan yang biasa dilakukannya sebelum ini, itu tandanya si dia sedang berusaha menjauhkan diri dari anda.
♥ 3 Penampilan tidak seperti biasa
~ DENGAN tiba-tiba, si dia mengubah cara penampilannya. Mungkin si dia ingin mencari sesuatu yang baru dalam hidupnya tetapi itu membuatkan anda tertanya-tanya apakah punca sebenar perubahan dirinya itu.
Jika si dia mengubah penampilan diri dengan melakukan satu perkara yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini, mungkin dia sedang berfikir untuk memutuskan hubungan kerana ada wanita lain dalam hidupnya.
♥ 4 Mengkritik
~ JIKA si dia tidak lagi mempunyai perasaan terhadap anda, jangan terkejut sekiranya dia kurang bertoleransi atau sentiasa mencari kesalahan diri anda. Daripada cara anda bergaul, makan sehinggalah bau minyak wangi, ada sahaja hal yang tidak kena. Si dia sentiasa mengkritik segala perkara yang anda lakukan. Itu sudah jelas menunjukkan bahawa si dia semakin kurang berminat untuk meneruskan hubungan cinta dengan anda lagi.
♥ 5 Hilang kemesraan
~ JIKA kemesraannya semakin luntur terhadap anda, kemungkinan besar si dia tidak lagi tertarik dengan anda atau sudah bosan dengan anda. Si dia juga akan mencari alasan untuk tidak mahu berjumpa anda. Cuba fikirkan cara lain untuk membuatkan si dia kembali bersemangat dengan cinta anda. Misalnya, melakukan perkara yang si dia minati bersama.
Besar kemungkinan, tanda-tanda ini tidak selalunya menunjukkan 'isyarat pasti' bahawa si dia ingin memutuskan hubungan. Namun, kadangkala kombinasi tanda-tanda inilah yang akan membuatkan si dia benar-benar ingin memutuskan hubungan cinta dengan anda. Untuk memastikannya, jangan panik dan bincang dari hati ke hati. Adakah hubungan ini masih boleh dipertahankan atau lebih baik berpisah? Sekiranya isyarat tersebut menunjukkan petanda bahawa hubungan boleh diperbaiki maka anda harus meneruskan perjuangan ke arah itu. Jangan putus asa.
sumber: kosmo! online
Tuesday, August 4, 2009
Keluarga: Hubungan yang Kekal Selamanya
Keluarga merupakan sumber identiti dan kekuatan kita. Orang kata kamu boleh memilih rakan tetapi bukannya keluarga. Apabila kamu sedang membesar, mungkin kamu tak suka berada di rumah. Ibu bapa mungkin menyekat pergerakan dan adik-beradik yang lain sentiasa buat kamu geram. Kadang-kadang kamu rasa keseorangan dan tidak difahami. Hidup mungkin melemaskan. Tetapi, itukan keluarga dan kamu dan jika dilihat dalam banyak sudut lain, kamu bertuah kerana mempunyai mereka. Hubungan kekeluargaan yang indah, baik belaka itu tidak terjadi secara automatik. Ia memerlukan banyak komunikasi, kerjasama dan perasaan saling menghormati di kalangan ahli keluarga. Berikut merupakan beberapa tip bagaimana untuk merapatkan hubungan kekeluargaan:
♦ Cakap dan dengar. Komunikasi merupakan proses dua hala. Apabila sesorang itu bercakap, seorang yang lain mendengar dan tidak mencelah. Apabila kedua-dua pihak telah didengari, mereka boleh mula memberikan komen mengenai isu yang dibincangkan. Dalam berkomunikasi, banyak kesabaran dan hormat ditunjukkan pada individu tersebut. Ini dilakukan apabila mendengar tanpa perasaan berat sebelah atau menghakimi. Dalam sebuah keluarga, kekurangan komunikasi biasanya menyebabkan rasa marah dan salah faham. Mungkin tak mudah untuk berbicara dengan ahli keluargamu, tapi cubalah untuk melakukannya apabila terdapat kesempatan.
♦ Luangkan masa dengan keluarga kamu. Kamu mungkin sibuk di sekolah atau tempat kerja tapi meluangkan masa dengan keluarga selama sehari akan membuatkan kamu rasa lebih dekat dengan mereka. Luangkan masa dengan ibu ketika sedang memasak dan berbual dengan ayah mengenai sukan atau perniagaan semasa dia sedang menonton berita. Kamu dan adik beradik boleh meluangkan masa dengan keluar bersama. Jika kamu masih lagi bujang, luangkan masa sehari seminggu untuk kamu melakukan aktiviti bersama keluarga. Berjalan-jalan, berkelah ataupun menonton filem bersama-sama. Sekiranya kamu telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, rancangkan hari keluarga sekurang-kurangnya sebulan sekali agar semua orang dapat meluangkan masa berkualiti bersama-sama.
♦ Menyokong satu sama lain. Ahli keluarga kita masih lagi seorang individu. Sebagai individu, mereka mempunyai impian tersendiri untuk dicapai. Mungkin ia tak sama dengan kamu, tapi cukup menyeronokkan bila mereka mengetahui yang kamu sentiasa menyokong dan mempercayai mereka. Berikan sokongan dan kata-kata semangat. Dengan sokongan kamu, ia akan menguatkan ikatan kekeluargaan.
♦ Memahami personaliti masing-masing. Dalam satu keluarga, terdapat bermacam-macam personaliti. Kita tak akan mengenali ibu bapa dan adik beradik sepenuhnya walau dah lama tinggal sebumbung. Memahami bagaimana ibu bapa dan adik beradik memberikan respons terhadap situasi tertentu boleh membantu kamu untuk berkomunikasi dengan mereka. Seorang adik mungkin lebih ceria dan mudah untuk meluahkan perasaannya manakala yang seorang lagi mungkin lebih sensitif dan gemar memendam rasa. Dengan mengetahui perkara begini, kamu akan lebih memahami ahli keluarga kamu terutamanya dalam situasi-situasi yang kritikal.
♦ Jangan mudah terasa. Kamu mungkin rasa sedih bila ibu bapa menggunakan perkataan kasar terhadapmu. Kamu juga mungkin merasakan yang mereka tidak lagi sayang padamu. Jangan begitu. Sebagai ibu bapa, sudah tentu mereka mahukan hanya yang terbaik buat kamu jadi janganlah berdendam dan elakkan menyakiti hati mereka.
Wednesday, July 29, 2009
Saat Menilai Cinta
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
~ Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
~ Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
~ Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
~ Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
~ Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
~ Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
~ Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
~ Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
~ Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Friday, July 17, 2009
Rahsia Tapak Tangan Lelaki
Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus terang setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam².
Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart,Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
" Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.
♦ Earth Hand
~ Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur, dengan ukuran jari-jemari yg pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah² kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yg besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.
♦ Water Hand
~ Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan² bacaan.
Bahkan dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yg tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara² kebudayaan daripada bersosial di kelab² malam atau bar.
♦ Air Hand
~ Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari² tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal² yg baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.
♦ Fire Hand
~ Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari² tangan pendek, kebiasaanya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat meyukai perkara² berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tinggi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kalau dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.
Wednesday, July 15, 2009
Tips Mengurangkan Berat Badan
Apabila berat badan anda berkurangan dgn cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yg anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.
2 ~Gantikan makanan,bukannya elakkan terus.
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yg tinggi lemak, gula atau garam dgn yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dgn Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan utk makan makanan kegemaran anda secara drastik walaupun pengambilan kalori telah berkurangan.
3 ~ Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.
4 ~Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yg berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yg paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.
5 ~ Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.
6 ~ Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.
7 ~ Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.
8 ~Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!
9 ~ Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!
10 ~Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.
11 ~Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!
Thursday, July 9, 2009
info mengenai wanita..
♥ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
♥ Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
♥ Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
♥ Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
♥ Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tahu bagai mana dia menerima pujian.
♥ Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan mu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
♥ Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
♥ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isihati mereka.
♥. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.
♥ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
♥ Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah² tidak berminat,tetapi sebaiknya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
♥ Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.
♥ Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
♥ Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
♥ Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
♥ Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
♥ Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan seringbertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
♥ Kalau kamu masih tercari² cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin²kan tangan membaca buku² cinta.
♥ Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
♥. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
♥ Satu ucapan 'Hi' {=^ _^=}sudah cukup menceriakan harinya.
♥ Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
♥ Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dgn mereka semata² hendak curang dengan kawannya yg paling cantik.
♥ Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
♥ Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
♥ Senjata wanita adalah air mata!!
♥ Wanita suka jika sesekali orang yangd isayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu² terhadapmu.
♥ Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil risiko tentang mereka dan tentunya baik terhadapnya.So,kalau hendak memikat wanita pandai²lah dlm bertindak...
♥ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Wednesday, July 1, 2009
9 Cara untuk Deal dengan Ibu Bapa yang Tak Suka Kekasihmu
2. Tanya dengan tenang kenapa mereka tak suka kamu bersama dengan kekasih kamu itu. Dengar pendapat yang mereka berikan dan fikirkannya. Mungkin betul apa yang mereka kata atau fikirkan. Maklumlah kan orang tua kita ni lebih dahulu makan garam. Kalau logik mungkin kamu boleh ikut tapi kalau alasan yang diorang bagi kamu rasa macam tak logik, mungkin kamu boleh berikan pandangan kamu pula. Minta mereka lihat dari sudut kamu pula.
3. Kalau kamu sekarang sudah tinggal berasingan dari mereka, beritahu yang kamu faham kebimbangan mereka tapi dalam masa yang sama minta mereka percaya kepada kamu kerana kamu dah dewasa, kamu tahu yang mana baik dan mana yang buruk. Minta mereka percaya akan pilihan kamu dan yakin dengan diri kamu.
4. Kalau kamu masih tinggal bersama mereka, hormati mereka dan selalu ingat itu rumah mereka dan mereka ada hak untuk menentukan undang² untuk dipatuhi. Cuba bertolak ansur dengan mereka , jangan biarkan kekasih kamu habiskan banyak masanya di situ. Kalau keluar pun tak sampai larut malam dan jangan buat benda² yang meragukan di dalam rumah mereka.
5. Kalau kamu rasa wujudnya salah faham keluarga kamu terhadap kekasih kamu itu, cuba rancang satu perjumpaan tak kiralah sama ada di rumah kamu atau di restoran. Jemput semua ahli keluarga kamu dan si dia. Ingat, jangan biarkan masalah ini berlarutan dan minta pasangan kamu supaya berkelakuan baik dan cuba sedaya upayanya mengambil hati ibu bapa kamu.
6. Kalau semasa perjumpaan itu sedang berlangsung tiba² berlaku pertengkaran mulut antara pasangan kamu dengan keluarga kamu, kamu jangan panik. Bawa bertenang. Ingat tugas kamu ini lebih kurang macam duta keamanan bukannya jadi peguam bela. Cuba pertahan kedua² pihak atau secepat mungkin cuba ubah topik perbualan. Kalau kamu tak segera bertindak, rancangan kamu hanya akan tinggal rancangan sahaja.
7. Minta mereka berfikiran terbuka dan cuba terima situasi itu dengan matang. Mungkin kamu juga patut beritahu mereka yang kamu sudah dewasa dan kamu ada hidup kamu sendiri. Gunakan ayat yang tidak menyinggung perasaan mereka. Ada sesetengah ibu bapa yang bersikap terlalu melindungi sampai mereka ada kalanya hilang kepercayaan terhadap anak mereka sendiri.
8. Cuba terangkan kepada ibu bapa kamu yang kamu memang benar² cintakan si dia. Senaraikan kebaikan yang pernah si dia buat sehingga kamu rasa benar² jatuh cinta dan sayang kepadanya. tapi jangan pula kamu mereka² cerita kerana ibu bapa kamu tahu sama ada kamu berbohong atau tidak. Lagipun tak ada faedahnya kamu berbohong, kalau kamu benar² cintakan si dia pasti dia ada kualiti yang boleh menawan hati kamu dan juga menawan hati kedua ibu bapamu.
9. Paling penting jangan mudah hilang kawalan. Ini menunjukkan yang kamu tidak matang dan ia tidak akan mengubah pandangan orang lain terhadap kekasih kamu sebaliknya mereka akan rasa yang kamu sudah semakin berubah. Cuba tonjolkan percintaan yang kamu alami telah mengubah kamu menjadi lebih baik dan matang serta tunjukkan yang kamu memang telah memikirkannya dengan semasak²nya sebelum membuat sebarang keputusan.
Thursday, June 18, 2009
8 Cara Untuk Atasi Pertengkaran.
DI ANTARA DIA YANG KU SUKA & YANG KU CINTAI
Wednesday, June 17, 2009
BELAJAR MENCINTAI SESEORANG YANG TIDAK SEMPURNA DENGAN CARA YANG SEMPURNA...
Tuesday, June 16, 2009
kekasih biasa VS kekasih sejati
Monday, June 15, 2009
Menjalin Persahabatan
Saturday, June 13, 2009
UPIN & IPIN: ANGKASA bakal menggegarkan pawagam 2011
JIKA AKU JATUH CINTA
APA ITU CINTA?
CINTA adalah perasaan tertarik pada sesuatu yg boleh menimbulkan suasana indah, senang atau nikmat. Jadi cinta tidak hanya cinta sesama makhluk atau cinta kepada lain jenis saja. Boleh saja ketika kita makan di sebuah restoran, pada hari² berikutnya kita sering terbayang masakan di situ dan ingin kembali menikmatinya. Ini pun boleh dikatakan cinta, jatuh cinta pada masakan. Tapi kelihatannya hal seperti ini kurang tepat untuk sebuah kata cinta, kerana orang lebih sering mengaplikasikan cinta sebagai ketertarikan antara lawan jenis (falling in love gitu..).
Kata orang, cinta mempunyai kekuatan yg dahsyat, sama ada kekuatan yg baik ataupun yg tidak baik. Jika pernah menonton filem TROY yg mengisahkan tentang kisah nyata hancurnya sebuah negara hanya kerana cinta atau kisah seorang doktor yg mendirikan sebuah negara atas nama cinta, mungkin kita akan percaya betapa dahsyatnya cinta. Atau mungkin ramai di kalangan kita juga sering rela berkorban apapun demi cinta. Ramai yg rela meninggalkan orang tua kerana cinta pada si kekasih, bahkan ada yg rela menyerahkan mahkota paling berharga hanya untuk membuktikan satu kata 'cinta'.
Persoalannya,apakah ini yg benar² dikatakan cinta, satu fitrah yg dianugerahkan oleh Maha Pecinta. Atau ini hanya permainan nafsu yg menumpang atas nama cinta. Kerana, beza antara cinta dan nafsu bagaikan dua sisi pada kepingan wang logam. Untuk itulah kenapa Islam memberikan bingkai yang sangat indah untuk satu kata cinta, iaitu cinta yg benar² datang dariNya dan dijalankan untuk mencari keredhaanNya.
Islam membingkai cinta dengan satu ikatan suci dalam pernikahan. Cinta antara lawan jenis yg benar² suci adalah cinta seorang suami kepada isterinya atau sebaliknya. Oleh kerana itulah Nabi SAW sangat menganjurkan untuk menikah bagi yg sudah mampu untuk melakukannya demi menghindari hal² yang dilarang dalam agama. Bahkan Baginda bersabda bahawa orang yang paling rugi adalah orang yang meninggal dalam keadaan membujang.
BAGAIMANA KALAU KITA JATUH CINTA?
Sebagai manusia tentu saja kita tidak akan lepas dari apa yang namanya jatuh cinta. Semua orang yang berakal dan normal pasti mengalaminya, kerana ini sudah menjadi fitrah manusia. Namun yang jadi masalah adalah bagaimana cara kita menyikapinya agar kita tidak terjebak dalam cinta kerana nafsu. Ketelusan kita mengendalikan diri sangat menentukan kualiti iman kita di kala kita sedang jatuh cinta. Kerana ujian perasaan termasuk ujian yang cukup berat. Bagaimana kita menyikapinya?
SAMPAIKANLAH DENGAN JUJUR
APABILA kita jatuh cinta kepada seseorang akan lebih baik kita sampaikan perasaan kita dan kemudian membingkainya dlm syariat. Bahkan dalam Islam tidak dilarang seorang wanita menyampaikan perasaannya kepada seorang lelaki. Seperti kisah Nabi, suatu hari ada wanita yang datang kepada Baginda untuk dinikahi dan Baginda tidak menghukumnya tapi menanganinya dengan bijak. Masalahnya adalah mungkinkah kita menikah dengan orang yang belum benar² kita kenal peribadinya?
Dalam Islam dikenal istilah ta'aruf. Dalam proses ta'aruf ini dipertemukan antara lelaki dan perempuan yang didampingi oleh seorang murabbi. Inilah masanya seseorang menyampaikan niat dan kemudian memperkenalkan peribadi masing² dengan segala kekurangan dan kelebihannya. Dalam hal ini diperlukan kejujuran untuk menyampaikan apa adanya kita. Jikalau keduanya saling setuju untuk menerima masing² maka langkah selanjutnya adalah tawakal.
Biasanya pasangan yang punya niat untuk menikah diberikan waktu dua minggu hingga sebulan untuk solat istikharah. Di sinilah keimanan seseorang benar² diuji. Sejauh manakah kepercayaan kita kepada Allah. Sejauh manakah tawakal kita. Setelah waktu yang ditentukan apabila pasangan sudah menemukan jawapan dalam istikharahnya barulah boleh kepada proses perhubungan lebih lanjut.
PASRAHKAN SEMUA PADA ALLAH
KADANG² tidak mudah bagi kita untuk menyampaikan maksud hati, apalagi kalau alasannya belum bersedia, atau mungkin malu untuk mengatakannya. Maka penyelesaiannya adalah dekatkan diri pada ALLAH. Mohonlah jikalau dia baik untuk kita mohon dimudahkan dan jika dia tidak baik untuk kita mohon dijauhkan. Perbanyaklah amalan² yang mendekatkan diri kita padaNya, hingga cinta kita padaNya takkan terkalahkan oleh cinta kita pada apa dan siapapun.
Dialah Yang Maha Pencinta. Dialah yang menggengam hati kita. Kerana itu kepadaNya jugalah seharusnya kita mengadu dan mengembalikan perasaan kita. Ini ada untaian doa yang sangat indah. Ucapkanlah doa ini dengan penuh nikmat apalagi pada dua pertiga malam terakhir. InsyaAllah akan terasa betapa besar cinta kita padaNya dan takkan terkalahkan oleh apapun.
Ya Allahu Rabbi
Hamba punya cinta..seandainya
hamba jatuh cinta, jangan kau
biarkan rasa ini mengurangi
sedikit pun rasa cintaku pada Mu
hingga membuat lupa akan
adanya Engkau.
Ya Allahu Rabbi
Seandainya aku jatuh cinta,
penuhilah hatiku dengan bilangan
cintaMu, biar rasaku padaMu
tetap utuh.
Ya Allahu Rabbi
Seandainya aku jatuh cinta,
pilihkan oleh Mu seseorang yang
hatinya dipenuhi dengan
cintaMu dan kecintaanya
kepadaMu, hingga membuatku
semakin mengagumiMu.
Ya Allahu Rabbi
Seandainya aku jatuh cinta,
pertemukanlah kami, berikanlah
kami kesempatan untuk
bersama² mendekati
cintaMu.
Ya Allahu Rabbi
Terakhir pintaku adalah
seandainya aku jatuh cinta,
jangan Kau palingkan wajahMu
dariku. Anugerahkan aku
cintaMu, cinta yang takkan
pernah pupus walau ditelan
waktu.
Tuesday, June 9, 2009
Frust! Jangan terus meraung..
Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa :
Terima kenyataan
♦ Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yg menentukan. Sebagai manusia biasa kamu seharusnya percaya kamu tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Cuma apa yg boleh kamu lakukan ialah berusaha mengubah nasib dirimu dan dalam masa yg sama kamu harus bersedia utk menerima apa yg telah ditetapkan utk kamu. Ada ketikanya kamu bernasib baik, tetapi ada masanya kamu juga diuji dengan pelbagai dugaan. Anggaplah rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yg diberikan kepada kamu. Hadapinya dengan tenang dan redha kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kamu supaya lebih berhati² dan menjadikan kamu insaf.
Berfikir
♦ Setiap kali kamu ingin membuat sebarang keputusan, senaraikan pro dan kontranya terlebih dahulu. Ini bagi memastikan kamu tidak tersalah dalam membuat sebarang keputusan dan juga menyesal di kemudian hari. Namun andai kamu tetap tersalah mencatur keputusan tersebut, sekurang²nya kamu tidak lagi berasa terlalu kecewa kerana kamu telah berfikir sehabis baik. Mungkin bukan rezeki kamu untuk mendapatkannya.
Positif
♦ Cuba kenang kembali peristiwa² lain yg pernah mengecewakan kamu sebelum ini. Mungkin kamu akan sedar kebahagiaan yg dimiliki hari ini disebabkan pengalaman silam kamu. Walau bagaimanapun, diakui memang sukar utk berfikiran positif terutama apabila berdepan dengan sesuatu tragedi yg menyakitkan. Tetapi jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yg pernah kamu lakukan dlm hidup. Ia pasti banyak membantu apabila kamu berdepan rasa kecewa.
Luahkannya
♦ Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya kamu boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress). Apa yg penting, kamu perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada org yg lebih rapat dengan kamu. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu yg paling sesuai. Jika kamu mengadu dan meluahkan apa yg ditanggung sedikit sebanyak itu pasti akan reda dengan pujukan, nasihat, dan semangat yg kamu peroleh daripada mereka.
Beri tumpuan pada hidup
♦ Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat yg kamu inginkan. Apabila kamu mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yg penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui kamu sehingga membuatkan kamu kecewa.
Mulakan hidup baru
♦ Setelah kamu rasa kamu cukup kuat untuk melupakan segala kekecewaan. Berusahalah untuk mengubah hidup kamu menjadi orang baru agar kamu dapat terus mengucapkan selamat tinggal kepada kekecewaan. Apa yg boleh kamu lakukan dalam usaha untuk mencari kegembiraan, kamu hendaklah melakukan sesuatu untuk mengalihkan tekanan tersebut kepada satu keadaan yg kamu sendiri rasa bahagia dan gembira. Berikut adalah aktiviti² yg dicadangkan untuk kamu amalkan dalam membina hidup yg baru.
☺ Tumpukan perhatian kepada membaca serta peruntukan masa untuk membaca perkara² yg diminati. Dengan cara ini kamu dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.
☺ Jauhkan diri daripada orang yg boleh menyebabkan masalah pada dirimu.
☺ Memberi bantuan kepada mereka yg memerlukan.
☺ Melibatkan diri dalam sukan seperti bermain badminton, bersenam, berjoging dan sebagainya.
☺ Berjumpa dengan kawan² lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah² silam yg membahagiakan.
☺ Meraikan kawan² misalnya menyambut ulang tahunnya sama ada datang ke rumag atau berjumpa di luar.
☺ Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain.
☺ Belajar sesuatu yg baru dan memahirkan diri dalam sesuatu bidang.
☺ Membuat orang lain gembira dan ketawa secara tidak langsung akan menggembirakan diri sendiri.
☺ Jadikan diri seorang pendengar yang baik. Apabila kita mendengar masalah orang lain, ia juga akan menyedarkan kita bukan kita sahaja yg bermasalah di dunia ini.
☺Melakukan hobi seperti mendengar muzik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya.