Friday, August 12, 2011

Jika Hati Jatuh Cinta

assalamualaikum.  :)


bismillahhirrahmanirrahim. 

Yaa Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padaMu,

agar bertambah kekuatan 
untuk menyintaiMu. 

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku 
menyentuh hati 
seseorang yang hatinya tertaut 
padaMu agar tidak terjatuh 
aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku
padanya
agar tidak berpaling
daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku 
pada seseorang
yang merindui syahid 
di jalanMu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta 
kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu 
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di
sepertiga malam terakhirMu. 

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada 
kekasihMu, jangan biarkan aku 
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan 
panjang menyeru manusia
kepadaMu.

Ya Allah,
jika kau halalkan aku 
merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku 
melampaui batas sehingga
melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu 
abadi hanya kepadaMu.

amin..ya robbal alamin 


TMAD: Two Months & A Day - Dua Bulan & Sehari

assalamualaikum semua. 

di pagi jumaat yang indah ini saya nak buat review pasal 'two months & a day' ataupun 
dalam bahasa melayunya 'dua bulan & sehari.' sebenarnya saya dah mendapatkannya
sekitar bulan julai yang lalu cuma baru sekarang berkesempatan membuat  review pasal tmad ni..hihi..
soryy ea adi wafi. :)

mesti ade yang tertanya-tanya kan ape dia tmad ni? zine yang 
indah ini adalah luahan isi hati yang cukup puitis dari insan yang bernama Adi Wafi
kata-katanya cukup halus, membuatkan hati setiap pembacanya
tersentuh dengan penulisannya. 

zine ini adalah mengenai luahan cinta si penulis yang telah dihimpun menjadi puisi-puisi 
yang cukup indah dan sangat menyentuh hati. 
dari helaian pertama puisi-puisi  ini dibaca, pasti anda akan menyelak lagi
helaian-helaian mukasurat seterusnya. walaupun kata-katanya
nampak ringkas, tapi cukup padat dengan isi dan mempunyai makna yang cukup mendalam.

saya sangat mengesyorkan pada anda di sana supaya cepat-cepat
mendapatkan zine yang indah ini. harganya pun cukup murah, sangat-sangat berpatutan bagi saya.
iannya berharga rm5. murah bukan? mane korang nak dapat lagi
koleksi zine yang indah lagi puitis harga rm5..plus dengan harga urusan pos mengepos,
tak sampai rm10 pun.. 

so, saya dah ade...anda bila lagi?? hihi..

sila klik Adi Wafi .  ini adalah blog penulis itu sendiri.

dan jika anda berminat untuk memiliki zine two months & a day ini,sila klik sini bagi 
mengetahui maklumat pembelian. 

ini saya punya tau. hihi 

beli jangan tak beli yer . :)