Sunday, March 13, 2011

Testing2..One. Two. Three!

Ni sepatutnya jadi post untuk semalam dalam usaha cuba sampai boleh update blog guna hp samsung GT-15503 android ni tapi apakan daya tidak berjaya juga. Ingatkan dah boleh update blog guna hp, sekadar boleh tulis title saja la. hehe. yakin boleh juga tu. takpalah. sabar sajalah nak update blog guna broadband kat tempat tak berapa nak ada line ni. Line internet kat rumah pulak terputus dengan jayanya. Haii. Sabar je la. 

Friday, March 11, 2011

Awas! Jangan Salah Pilih Orang!

Seringkali kita mendengar masalah percintaan berlaku disebabkan kecurangan dan juga salah faham. Mengapa ini semua berlaku? Ada kemungkinan kamu sebenarnya bercinta dengan orang yang tidak sepatutnya. Bukannya kita boleh tahu siapa jodoh kita, tetapi kita boleh agak adakah pasangan yang dipilih itu sesuai untuk kita? Jangan sesekali kamu terlibat dalam konflik bercinta dengan orang yang salah kerana di akhir cerita, kamu juga yang akan merana kerana cinta tidak kesampaian.


Simpati - Jangan sesekali kamu melibatkan diri dengan tabiat ini kerana bersimpati dengan orang yang sepatutnya memang digalakkan tetapi apabila kamu berasa kasihan dengan orang yang salah kamu yang akan mendapat padahnya. Mulanya kamu tidak suka pada si jejaka tetapi disebabkan rasa kasihan dan tidak sampai hati melihat kesusahan keadaan dirinya kamu 'terpaksa' menerimanya juga. 


Atas Dasar Kawan - Elakkan bercinta dengan pasangan kamu kerana termakan pujukan rakan. Jika si jejaka orang yang elok dan bertanggungjawab maka tidak mustahil untuk kamu memilihnya.  Tetapi jika si teruna jenis yang bermasalah sedangkan waktu itu kamu sudah berpasangan dengannya maka kamu yang akan menyesal kelak.


Masa Terlalu Singkat - Perkenalan untuk tempoh jangka masa yang lama amat penting untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing kerana adakalanya perangai manusia tidak dapat ditafsirkan dan dilihat dalam masa yang singkat. Ada kemungkinan perhubungan yang dijalinkan sepanjang tempoh itu belum lagi matang dan terdapat lagi kekurangan yang belum ditunjukkan oleh pasangan kamu.


Percubaan - Perkara ini memang tidak sepatutnya berlaku kerana bercinta bukannya perkara mainan yang boleh dicuba-cuba. Kadangkala tabiat ini akan membuatkan kamu jatuh cinta kepadanya tanpa disangka-sangka sedangkan dari mula perkenalan kamu memang tidak mahu menjalin apa-apa hubungan dengannya. 


Kesan Negatif - Kamu akan berada di dalam dilema dan kemungkinan mendapat tekanan kerana kecelaruan perasaan antara suka dan simpati serta merosakkan hubungan antara kamu  dengan lelaki berkenaan yang sebelum ini merupakan kenalan baik tanpa sebarang masalah serius.