Wednesday, July 29, 2009

Saat Menilai Cinta




SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.



Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.


Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.



Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.



Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:



1. Lupakan masa lalu
~ Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.



~ Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.





2. Temui ramai orang



~ Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.



~ Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.





3. Ubah penampilan



~ Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.



~ Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.





4. Jangan terburu-buru



~ Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.





5. Jangan terlalu memilih



~ Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.





6. Buat keputusan



~ Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
sumber dari kosmo! online

Friday, July 17, 2009

Rahsia Tapak Tangan Lelaki


Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yg ditemui beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yg baru terjalin? Itu antara masalah yg melanda segelintir kaum wanita hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus terang setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam².

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart,Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

" Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.

♦ Earth Hand
~ Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur, dengan ukuran jari-jemari yg pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah² kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yg besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.


♦ Water Hand
~ Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan² bacaan.

Bahkan dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yg tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara² kebudayaan daripada bersosial di kelab² malam atau bar.


♦ Air Hand
~ Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari² tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal² yg baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.


♦ Fire Hand
~ Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari² tangan pendek, kebiasaanya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat meyukai perkara² berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tinggi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kalau dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.








Wednesday, July 15, 2009

Tips Mengurangkan Berat Badan

1~ Elakkan penurunan berat badan dengan cepat


Apabila berat badan anda berkurangan dgn cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yg anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.


2 ~Gantikan makanan,bukannya elakkan terus.



Cuba gantikan makanan kegemaran anda yg tinggi lemak, gula atau garam dgn yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dgn Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan utk makan makanan kegemaran anda secara drastik walaupun pengambilan kalori telah berkurangan.


3 ~ Minum banyak air



Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.


4 ~Banyakkan pergerakan



Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yg berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.



Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yg paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.


5 ~ Mulakan sedikit demi sedikit



Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.


6 ~ Jangan terlebih makan



Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.




7 ~ Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya



Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.




8 ~Kesan jangka masa panjang



Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!


9 ~ Fokus pada sihat, bukannya kurus



Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!




10 ~Atasi tekanan emosi



Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.




11 ~Motivasi



Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

Thursday, July 9, 2009

info mengenai wanita..

♥ Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

♥ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

♥ Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

♥ Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

♥ Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

♥ Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tahu bagai mana dia menerima pujian.

♥ Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan mu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

♥ Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

♥ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isihati mereka.

♥. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.

♥ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

♥ Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah² tidak berminat,tetapi sebaiknya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

♥ Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.

♥ Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

♥ Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

♥ Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

♥ Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

♥ Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan seringbertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

♥ Kalau kamu masih tercari² cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin²kan tangan membaca buku² cinta.

♥ Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

♥. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

♥ Satu ucapan 'Hi' {=^ _^=}sudah cukup menceriakan harinya.

♥ Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

♥ Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dgn mereka semata² hendak curang dengan kawannya yg paling cantik.

♥ Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

♥ Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

♥ Senjata wanita adalah air mata!!

♥ Wanita suka jika sesekali orang yangd isayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu² terhadapmu.

♥ Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil risiko tentang mereka dan tentunya baik terhadapnya.So,kalau hendak memikat wanita pandai²lah dlm bertindak...

♥ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, July 1, 2009

9 Cara untuk Deal dengan Ibu Bapa yang Tak Suka Kekasihmu

1. Jangan mudah melenting dan marah². Walau macam manapun, darjah kemarahanmu kamu tetap kena tahan dan bersabar sebab kamu kena ingat itu ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan kamu. Orang yang memang ada hubungan darah daging dengan kamu berbanding dengan kekasih yang baru aje muncul dalam hidup kamu. Oleh itu cuba letak diri kamu dalam situasi mereka dan cuba cari sebab kenapa mereka tak suka kepada kekasih kamu. Jangan marah² dulu.

2. Tanya dengan tenang kenapa mereka tak suka kamu bersama dengan kekasih kamu itu. Dengar pendapat yang mereka berikan dan fikirkannya. Mungkin betul apa yang mereka kata atau fikirkan. Maklumlah kan orang tua kita ni lebih dahulu makan garam. Kalau logik mungkin kamu boleh ikut tapi kalau alasan yang diorang bagi kamu rasa macam tak logik, mungkin kamu boleh berikan pandangan kamu pula. Minta mereka lihat dari sudut kamu pula.

3. Kalau kamu sekarang sudah tinggal berasingan dari mereka, beritahu yang kamu faham kebimbangan mereka tapi dalam masa yang sama minta mereka percaya kepada kamu kerana kamu dah dewasa, kamu tahu yang mana baik dan mana yang buruk. Minta mereka percaya akan pilihan kamu dan yakin dengan diri kamu.

4. Kalau kamu masih tinggal bersama mereka, hormati mereka dan selalu ingat itu rumah mereka dan mereka ada hak untuk menentukan undang² untuk dipatuhi. Cuba bertolak ansur dengan mereka , jangan biarkan kekasih kamu habiskan banyak masanya di situ. Kalau keluar pun tak sampai larut malam dan jangan buat benda² yang meragukan di dalam rumah mereka.

5. Kalau kamu rasa wujudnya salah faham keluarga kamu terhadap kekasih kamu itu, cuba rancang satu perjumpaan tak kiralah sama ada di rumah kamu atau di restoran. Jemput semua ahli keluarga kamu dan si dia. Ingat, jangan biarkan masalah ini berlarutan dan minta pasangan kamu supaya berkelakuan baik dan cuba sedaya upayanya mengambil hati ibu bapa kamu.

6. Kalau semasa perjumpaan itu sedang berlangsung tiba² berlaku pertengkaran mulut antara pasangan kamu dengan keluarga kamu, kamu jangan panik. Bawa bertenang. Ingat tugas kamu ini lebih kurang macam duta keamanan bukannya jadi peguam bela. Cuba pertahan kedua² pihak atau secepat mungkin cuba ubah topik perbualan. Kalau kamu tak segera bertindak, rancangan kamu hanya akan tinggal rancangan sahaja.

7. Minta mereka berfikiran terbuka dan cuba terima situasi itu dengan matang. Mungkin kamu juga patut beritahu mereka yang kamu sudah dewasa dan kamu ada hidup kamu sendiri. Gunakan ayat yang tidak menyinggung perasaan mereka. Ada sesetengah ibu bapa yang bersikap terlalu melindungi sampai mereka ada kalanya hilang kepercayaan terhadap anak mereka sendiri.

8. Cuba terangkan kepada ibu bapa kamu yang kamu memang benar² cintakan si dia. Senaraikan kebaikan yang pernah si dia buat sehingga kamu rasa benar² jatuh cinta dan sayang kepadanya. tapi jangan pula kamu mereka² cerita kerana ibu bapa kamu tahu sama ada kamu berbohong atau tidak. Lagipun tak ada faedahnya kamu berbohong, kalau kamu benar² cintakan si dia pasti dia ada kualiti yang boleh menawan hati kamu dan juga menawan hati kedua ibu bapamu.

9. Paling penting jangan mudah hilang kawalan. Ini menunjukkan yang kamu tidak matang dan ia tidak akan mengubah pandangan orang lain terhadap kekasih kamu sebaliknya mereka akan rasa yang kamu sudah semakin berubah. Cuba tonjolkan percintaan yang kamu alami telah mengubah kamu menjadi lebih baik dan matang serta tunjukkan yang kamu memang telah memikirkannya dengan semasak²nya sebelum membuat sebarang keputusan.