Friday, May 29, 2009

Jadi Pendengar Yang baik..

Menjadi tempat org meluahkan isi hati ini sebenarnya susah. Kadang² mereka datang di saat kamu kamu sendiri dilanda masalah. Sebaiknya perhatikan beberapa hal yg penting atau paling tidak walaupun kamu tak boleh banyak membantu. Jadilah seorang pendengar yg baik.

1. PERLUKAN NASIHAT KAMU
♦ Ini adalah asas untuk menjadi seorang pendengar yg baik. Pastikan org yang datang kepadamu itu benar² perlukan nasihat barulah kamu beranikan diri utk memberikan nasihat. Ada org² tertentu yg hanya perlu pendengar dan secara automatik dia akan berasa sangat lega. Kalau dia hanya ingin bercerita tapi kamu memberinya nasihat itu ini, kamu hanya menambahkan sesak di dalam kepalanya.

2. APA TUJUAN KAMU MEMBERI NASIHAT KEPADA SESEORANG?
♦ Salah satu kesalahan org yg menjadi tempat mengadu masalah ini ialah supaya dia nampak bijak. Tujuan kamu menyampaikan nasihat adalah supaya teman kamu yg dirundung masalah ini mendapat jalan keluar yg baik dan bukannya supaya kamu dianggap pahlawan yg bijaksana.

3. FAHAM DENGAN BAIK
Dia akan lebih menghargai kamu kalau kamu faham apa yg ingin diceritakannya. Jadi sewaktu dia bercerita, dengar dengan teliti dan fahamkan isi kandungan ceritanya. Take your time to hear all part of the story! Setelah faham barulah kamu berikan dia pandangan dan nasihat.

4. PAGARI LIDAH KAMU
♦ Kamu memang marah dengan org yg buat sahabat kamu sedih tapi dlm masa yg sama jaga lidah kamu itu. Walaupun masa itu kamu sangat marah dan geram kerana sahabat kamu baru sahaja ditinggalkan oleh pakwenya tak perlulah sampai mengeluarkan komen yg menghina bekas kekasihnya itu. Kamu kena ingat masih ada sayang di hati kawan kamu itu terhadap bekas kekasihnya itu. Takut komen kamu itu akan membuatkan dia lebih tersinggung dan sedih.

5. MASIH ADA BANYAK JALAN PENYELESAIAN
♦ Usahakan selalu ada jalan alternatif dan penyelesaian saat dia meminta pendapat atau bantuan keluar dari jalan buntu. Then leave her the rest of it! Biarkan dia putuskan sendiri pilihan mana yg paling baik menurutnya dan yg boleh diambil. Kamu tidak boleh sewenangnya memaksa dia memilih sesuatu keputusan tertentu.

6. JUJUR
♦ Kamu bukan malaikat atau org yg penuh dengan kuasa sakti seolah² kamu ini sentiasa dalam mood yg happy dan bagus. Boleh jadi waktu dia meluahkan isi hatinya itu kamu sendiri dilanda masalah, jadi jujur sahaja bagitahu kepadanya yg masa itu tidak sesuai atau dengar sahaja luahannya dan bagitahu yg kamu tak boleh beri sebarang komen atau pendapat. Sahabat kamu ini akan lebih menghargai kejujuran kamu daripada kesal kerana kamu tidak mendengar curahan hatinya dengan baik.

7. NASIHAT TINGGAL NASIHAT
♦ Bila nasihat atau jalan penyelesaian yg kamu berikan tidak diberi respon yg positif atau dibuat, jangan tersinggung. Memang itulah fungsi nasihat kamu iaitu sebagai satu jalan penyelesaian sahaja. Sama ada dia ikut atau tidak nasihat kamu, itu terpulanglah kepada dia.

BAGAIMANAPUN JANGAN LUPA, SEBAIKNYA MENOLONG TANPA INGIN BALASAN YER..ITU LEBIH AFDAL...

Thursday, May 28, 2009

cukup sampai di sini?

Anda berada dlm satu hubungan. Sekarang anda berada di persimpangan sama ada utk meneruskan hubungan itu atau tidak. Tak kisah berapa lama hubungan itu,keputusan tetap terletak di tangan anda. Tapi fikir²kan lah beberapa fakta berikut sebelum anda membuat keputusan.

1. SEBAB SEBENAR INGIN KELUAR DARI HUBUNGAN
• Anda perlu tahu sebab sebenar anda ingin mempertimbangkan semula hubungan itu. Anda perlu bertanya ke dasar hati apakah sebenarnya yg merungsingkan anda. Sebenarnya anda mungkin tidak menemui cinta telus dlm hubungan itu tapi di bibir anda cuma akan berkata anda dan dia sudah tidak ada sefahaman.

2. PERKARA TERPENTING PERLU DIFIKIRKAN
• Ambil kira perkara sekeliling yg mungkin akan dipengaruhi oleh keputusan anda itu. Jika anda berkongsi sesuatu dgn si dia dan dgn menamatkan hubungan anda akan kehilangannya sedangkan itulah barang kesayangan atau peluang keemasan anda, ada kemungkinan untuk anda batalkan sahaja niat utk memutuskan hubungan.

3. BAGAIMANA IA AKAN MEMBERI KESAN PADA ORANG LAIN
• Walaupun keputusan ini adalah hak anda tapi tidak ada salahnya jika anda berikan sedikit ruang memikirkan bagaimanakah penerimaan org² terpenting yg ada kaitan dgn hubungan itu akan menerima sebarang keputusan anda itu nanti.

4. APAKAH SEBARANG PERJANJIAN AKAN DIENGKARI
• Mungkin anda pernah membuat sebarang janji atau komitmen dlm hubungan ini dan jika hubungan ini tamat, apakah reaksi anda terhadap perjanjian atau komitmen itu. Jika anda tidak mengalami sebarang kerugian, maka teruskan sahaja niat anda itu.

5. SEJAUH MANA CINTA PENTING KEPADA ANDA
• Kadangkala manusia tidak jadi berpisah kerana mendapati mereka masih mempunyai rasa kasih sayang antara satu sama lain yg lebih mendalam daripada perkara lain. Jadi jika anda tahu kasih sayang itu lebih penting dan sanggup mengorbankan harta benda malah prinsip anda utk itu, maka lebih baiklah anda berbaik semula dgn si dia.

6. ADAKAH KEMUNGKINAN ANDA BOLEH SELESAIKAN MASALAH
• Sejauh mana ego anda dan si dia boleh dirobohkan adalah faktor terpenting utk mempertimbangkan hala tuju hubungan anda. Jika masing² bersedia berkompromi dan menyelesaikan masalah yg timbul, tidak patut hubungan itu diputuskan begitu sahaja.

7. SEJAUH MANA ANDA TELAH BERUBAH
• Sejak anda berada dlm hubungan itu, sejauh manakah anda telah berubah sama ada kepada lebih baik atau semakin teruk. Adakah apa yg pernah anda mahu daripada hubungan ini telah tercapai atau adakah anda telah menjadi mangsa kepada hubungan ini dan mengikut cakap si dia sahaja. Hanya anda yg tahu.

8. APAKAH FAEDAH DENGAN KEPUTUSAN ANDA
• Fikirkanlah apakah faedah yg mungkin anda perolehi daripada putusnya hubungan itu. Jika anda mahukan kerjaya yg berkembang atau hak pada diri sendiri, maka mungkin itu faedah yg anda sedang cari tapi jika anda tidak mempunyai sebarang faedah sebaliknya semakin bertambah masalah, maka fikirlah lagi keputusan sebenar.

I LOVE U..

Bagi sesetengah org,bukan senang utk menyatakan cinta anda kepada pasangan anda. Yang mereka tahu hanya berkata aku cinta padamu. Tapi bagi yg betul² kekeringan idea utk menyatakan cinta anda,ikutilah pelbagai cara berikut yg dirasakan sesuai sebagai satu pernyataan cinta.

1. BERIKAN satu bekas yg penuh berisi dgn nota² cinta anda. Pastikan setiap satunya ialah kata²,pujian ataupun pengakuan yg berlainan.

2. HADIAHKAN satu album gambar berisi gambar anda berdua di setiap acara yg anda rasakan membawa kenangan manis.

3. BINGKAIKAN kata² puisi atau sajak yg anda rekakan sendiri untuknya.

4. KUMPULKAN pelbagai lagu cinta pilihan anda atau yg pernah menjadi lagu cinta anda berdua dan mainkannya ketika anda sedang bersamanya.

5. SELITKAN sekuntum bunga di bahagian hadapan keretanya.

6. BELIKAN sesuatu yg kecil tetapi telah lama diidamkan oleh si dia.

7. HANTARKAN mesej di telefon dgn kata² cinta.

8. CARI masa terluang utk menikmati makanan tengah hari atau makan malam bersama²nya,sekurang²nya sekali dlm seminggu.

9. HANTARKAN hadiah ke pejabatnya dgn sistem penghantaran cepat.

10. RANGKAKAN percutian yg selama ini sangat diidamkannya.

Wednesday, May 27, 2009

KARAKTER URUTAN KELAHIRAN

Pasangan anda anak sulung,tengah atau bongsu?Percaya atau tidak,urutan kelahiran dikatakan mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin cinta.Mungkin anda pernah mendengar bahawa dalam budaya masyarakat tertentu banyak yang percaya anak sulung sebaiknya tidak menikah dengan anak sulung juga,misalnya.Walau dasar kepercayaan tersebut sekarang ini sangat rumit untuk diterokai asal-usulnya,dan mungkin anda menganggap hal tersebut sebagai kata² kosong,para ilmuan abad 20 menemukan beberapa bukti yang kemungkinan besar dapat menyokong kepercayaan semacam itu.

Walau masih boleh dikatakan sebagai kontroversial,beberapa penelitian membuktikan karakter kepribadian seseorang ditentukan,salah satunya oleh urutan kelahirannya.Ertinya,walau berasal dari keluarga yang sama dan dididik dengan cara yang kurang lebih sama,anak sulung,tengah atau bongsu,akan memiliki perbezaan sifat,termasuk dalam kehidupan percintaannya.

Melihat Urutan Kelahiran
Sebelum melihat bagaimana perbezaan si sulung,tengah atau bongsu dalam kehidupan cintanya,kita perlu tahu dulu bagaimana menentukan urutan kelahiran.Soalnya,analisis urutan kelahiran sebenarnya tidak semudah yang dilihat.Penentuan urutan kelahiran tidak selalu terpaku pada urutan kelahiran sebenarnya,tetapi juga bergantung pada hal² lain,seperti jarak kelahiran serta jumlah anak.

Pada keluarga dgn empat anak,misalnya,anak kedua dan ketiga tidak harus dipandang sebagai anak tengah.Bahkan,dalam keluarga yang memiliki ramai anak,anak yg tua boleh saja memiliki keperibadian dan sifat yang lebih mendekati ciri² anak tunggal,sementara anak kedua mungkin saja memiliki karakter anak bongsu.Anak yg jarak kelahirannya cukup jauh dengan si kakak,misalnya sampai lima atau enam tahun,juga boleh bersikap dan bertingkah laku seperti anak sulung.Atau,anak lelaki yang lahir setelah beberapa anak perempuan,atau sebaliknya juga cenderung memiliki sifat yg sama yg biasa ditunjukkan oleh anak sulung.

Selain itu,anak yg lahir setelah si ibu mengalami keguguran,atau kakaknya meninggal sewaktu masih kecil digolongkan oleh beberapa ahli ke dalam kelompok tersendiri,yg biasa disebut sebagai ghost child.Menurut beberapa ahli² tersebut,kelompok ini memiliki ciri keperibadian yg berbeza dgn kelompok lain.Misalnya,dikatakan ghost child memiliki jiwa bersaing yang sama dgn anak tengah dan memiliki tanggungjawab besar seperti anak sulung.Lalu,bagaimana karakter setiap anak dalam kehidupan cintanya?

ANAK SULUNG : Pro Status Quo dan Setia
Anak sulung,menurut beberapa ahli/psikologi ,cenderung mengambil posisi sebagai pemimpin.Kecenderungan lainnya adalah dorongan mereka untuk mengikut norma² sosial yg berlaku dlm masyarakat,dan kejayaan mereka diadaptasikan dlm suatu lingkungan yg sudah mapan.Karakter umum anak sulung adalah sifat mereka yg bertanggungjawab dan cenderung mengikut aturan.Menurut para ahli,anak sulung memiliki kecenderungan menikahi org yg dia cintai sejak masa awal remajanya,ketika dia masih mengalami 'cinta monyet'.Jika pasangan anda adalah anak sulung,kemungkinan besar rumah tangga yg anda bina akan kekal kerana mereka cenderung mempertahankan hubungan yg tidak harmonis sekalipun,dan berusaha keras memperbaiki kekurangan dlm hubungan rumah tangga mereka.

ANAK TENGAH : Pandai Berunding dan Dominan
Di antara anak sulung dan anak bongsu adalah anak tengah,yg terkenal dgn keterampilan mereka boleh dibawa berunding.Kerana posisi mereka yg 'tersepit' di antara anak sulung yg biasanya diberi tanggungjawab besar dan anak bongsu yg mendapat perhatian lebih,mereka selalu harus berjuang untuk mendapatkan perhatian daripada org tua atau org² lain di sekitarnya.Para anak tengah memiliki kecenderungan menikah dalam usia relatif muda(dlm usahanyautk selalu menjadi nombor satu),atau sangat terlambat,ketika mereka btl² yakin sudah bertemu pasangan yg benar² tepat.Anak tengah boleh dikatakan sebagai pasangan yg amat menyenangkan,kerana mereka memiliki kecenderungan menyenangkan pasangannya.Walau begitu,dalam hubungan rumah tangga,anak tengah mampu untuk berjuang mendominasikan peranan dalam keluarga.

ANAK BONGSU : Popular dan Mudah Puas
Anak² yg biasanya lahir paling akhir memiliki pembawaan yg menyenangkan.Mereka pandai bergaul,popular dan mudah membuat org jatuh hati.Para anak bongsu tergolong dlm amat mudah dipuaskan,dan ketika terlibat dlm hubungan percintaan mereka biasanya sangat terpaku dengan hubungan tersebut.Perhatian yg kecil saja sudah membuat anak bongsu 'bertekuk lutut'.Tetapi,dibalik sifatnya yg menyenangkan tersebut,jgn sesekali mencuba utk mendominasi anak bongsu.Anak bongsu memiliki kecenderungan kuat utk menentang,atau paling tidak mempersoalkan tentang hal.Mereka lebih suka dianggap setaraf dgn pasangannya.Hal positif lain anak bongsu ialah mereka memiliki selera humor yg paling baik apabila berbanding dgn adik beradiknya yg lain.

ANAK KEMBAR : Seperti Sulung atau Bongsu
Karakter keperibadian anak kembar amat bergantung pada peranannya: sebagai abang/kakak atau adik.Anak kembar yg lahir lebih dulu secara tradisional biasanya dianggap sebagai abang/kakak,dan anak yg lahir kemudian sebagai adik.Padahal,berdasarkan beberapa penelitian terhadap anak² kembar urutan sulung atau bongsu pada anak kembar tidak selalu tetap.Para peneliti misalnya,menemukan bahawa ketika usia mereka sudah mencapai sekitar 11 atau 12 tahun,peranan ini boleh bertukar sama sekali.Ertinya,anak yg lahir lebih dulu akan meletakkan diri sebagai adik,dan sebaliknya,anak yg lahir kemudian jadi abang/kakak.Sedangkan sifat dan karakter keperibadian mereka serta kehidupan cinta mereka tidak berbeza dengan yg sulung untuk kembar yg meletakkan diri sebagai sulung atau sebaliknya.

ANAK TUNGGAL: Boleh Dipercayai dan Cenderung Curang
Karakter anak tunggal boleh dikatakan hampir sama dgn sifat² anak sulung.Hanya saja,kadarnya lebih kuat.Mereka amat boleh dipercayai,setia dan amat memerlukan perhatian daripada org yg dicintainya.Dalam bnyak aspek kehidupannya,seperti pekerjaan dan bahkan dlm hubungan percintaan,mereka juga cenderung berjuang sekuat tenaga untuk mencapai apa yg mereka inginkan.Jadi,kalau kebetulan anda dipikat lelaki anak tunggal,jgn terkejut kalau dia melakukan hal² yg benar² tidak terduga.Perbezaan anak tunggal dgn sulung adalah mereka lebih kurang perfeksionis.Dlm hubungan percintaan,anak tunggal juga cenderung memiliki beberapa kekasih,sepanjang mereka yakin tidak akan diketahui.Walaupun mereka juga cenderung mengikut aturan seperti anak sulung,dlm masa yg sama mereka berusaha menemukan cara melanggar aturan atau norma..


♥ sekadar horoskop buat renungan... :)