Thursday, February 26, 2009

Mahu Jadi Pasangan Ideal?

: :- INGATLAH,JIKA KAMU INGIN BERSIKAP BAIK KEPADA ORANG LAIN,KAMU JUGA HARUS BERSIKAP BAIK KEPADA DIRI SENDIRI. BERIKUT INI TERDAPAT 12 TIPS SEDERHANA YANG AKAN MEMBANTU KAMU MENCAPAI TUJUAN TERSEBUT.

1. BERSIKAP ROMANTIS
~ Gagalnya suatu hubungan kemungkinan besar dimulai dari kurangnya sikap romantik. Romantik bukan saja merupakan asas dalam suatu hubungn, tetapi juga memberikan letupan api cinta.

~Suatu hubungan harus secara berterusan bekerja untuk saling memberi dan menerima,serta terus bersikap romantis dan itu merupakan satu keharusan.

2. JANGAN PERNAH MERENDAHKAN DIRI
~ Jangan pernah menganggap bahawa kamu tidak layak bagi pasangan kamu. Jangan hanya duduk dan menyalahkan diri sendiri, hal itu hanya akan menghambat kamu untuk mencuba hal² baru di masa depan untuk lebih berkembang.

3. SELALU BERKATA JUJUR
~ Suatu hubungan dengan landasan kebohongan biasanya tidak berumur panjang. Bahkan jika kamu berbohong dan pasangan kamu tidak pernah tahu, hal itu akan mempengaruhi perasaan kamu sendiri dan pasangan kamu. Dengan hambatan itu,hubungan tidak akan pernah mencapai potensi yang maksimum.

4. JANGAN MELAKUKAN SESUATU HANYA UNTUK MEMBAHAGIAKAN PASANGAN KAMU
~ Dengan melakukan sesuatu hanya untuk menyenangkan pasangan kamu dan mencuba berkompromi dengan diri kamu sendiri,sepotong cinta kamu untuknya telah hilang.

~ Lebih baik jelaskan kepada mereka bahawa kamu tidak ingin melakukan beberapa hal yang tertentu, dan fikirkan suatu alternatifnya bersama².

5. JANGAN MINTA PASANGAN KAMU UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG KAMU TAHU TIDAK MEREKA INGINKAN
~ Jika kamu tahu bahawa pasangan kamu tidak menyukai untuk melakukan sesuatu yang kamu inginkan, janganlah dipaksakan.

~ Kamu dapat berkompromi atau menanyakan apa yang membuatnya tidak mahu melakukannya. Jika kamu tetap memaksa, kamu memang seorang yang egois atau kejam.

6. JANGAN MEREMEHKAN PASANGAN KAMU
~ Setiap orang pernah melakukan kesalahan dalam hidupnya, dan setiap orang bekerja atau berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang berbeza.

~ Jangan menilai pasangan kamu dari kesalahannya, tapi ubahlah kesalahan menjadi suatu hal yang baru untuk dipelajari.

7. JANGAN MENUNDA HAL² YANG KAMU JANJIKAN
~ Kepercayaan adalah suatu bahagian penting dari hubungan apapun hal dan hal tersebut perlu dikembangkan.

~ Jika kamu mengatakan akan melakukan sesuatu dan ternyata tidak, maka bagaimana pasangan kamu dapat mengandalkan kamu di masa mendatang? Tepatilah janji² kamu.

8. SELALU ADA UNTUK PASANGAN KAMU

~ Teman² selalu datang dan pergi, begitu juga dengan anak², namun pasangan kamu akan tetap bersama kamu dalam seluruh perjalanan. Tidak ada hal yang lebih penting dan indah di kala kamu dapat bersamanya dalam suka dan duka.

9. KOMUNIKASI
~ Carilah jalan untuk berkomunikasi lebih intensif dengan pasangan kamu. Kerana komunikasi merupakan kunci utama dalam suatu hubungan, jika kamu terlambat untuk menjembataninya,celah itu akan semakin besar dan susah untuk dijangkau.

10. JANGAN MELAKUKAN KECURANGAN ATAU TINDAKAN² YANG MEMBAHAYAKAN HUBUNGAN KAMU LAINNYA.
~ Kecurangan merupakan jalan yang cepat untuk menghancurkan suatu hubungan dibandingkan ketidaksetiaan atau melakukan hal² yang salah.

11. HARGAI PASANGAN KAMU
~ Berhati-hatilah untuk tidak memperlakukan pasangan kamu dengan buruk. Tapi hargailah pasangan kamu dengan keberadaannya. Dia pun akan melakukan hal yang sama bila kamu menghargainya.

12. BERSIKAP TERBUKA DAN MEMAHAMI KEINGINAN PASANGAN KAMU
~ Membina suatu hubungan diperlukan dua orang dan ketika salah satu mematikan hubungan tersebut, kerana mungkin kamu tidak bersikap terbuka kepada idea² dan keinginan² pasangan kamu, maka kamu tidak akan memiliki suatu hubungan sama sekali.

Tuesday, February 24, 2009

Geng:Pengembaraan Bermula- RM 3.75 Juta Dlm 11 hari..

Syabas diucapkan kepada crew Les' Copaque Production kerana filem animasi terbitan mereka ini telah berjaya mengutip sebanyak RM 3.75 juta untuk 11 hari ditayangkan.Satu pencapaian yg amat membanggakan...so,kepada sesiapa yg tak tengok lagi tuh,pegilah tengok beramai²...yang dah tengok tu,tengoklah lagi...hehehe :)

Saturday, February 21, 2009

Cermin Diri.. (Jangan Bohongi Diri Sendiri)


BILA JATUH CINTA

Terimalah hakikat jika dah mula rasa bibit cinta antara korang dengan si dia sudah mila bersemi. Cubalah berterus terang daripada korang beputih mata bila si dia memilih orang lain. Awas! Jangan dipendam perasaan itu nanti gerenti korang yang rugi.


BILA BUAT SALAH

Cubalah terima kesilapan diri korang dan janganlah bersikap ego yang boleh merugikan diri korang. Sesekali campaklah ego untuk menerima kesilapan yang korang lakukan. Mungkin dengan cara begini korang lagi dihormati oleh orang sekeliling korang,terutamanya pakwe,makwe,suami or isteri atau bos korang.


BILA MENIPU PASANGAN

Kalau korang tak arif dalam soal tipu menipu ni janganlah cari pasal.Takde istilah 'bohong sunat' yang boleh menyelamatkan diri korang. Silap langkah korang boleh kantoi tengah jalan dan hubungan korang akan berakhir begitu saja. Kepada korang semua awas jika lihat perubahan perangai pasangan korang, mungkin itu tandanya diri korang bakal to say good bye! Jika korang terpaksa melakukan sesuatu, seperti berjumpa bekas pasangan atas sebab² yang tidak dapat dielakkan, cubalah jelaskan kepadanya, sekurang-kurangnya korang tidak menipu dan sudah memberikan penjelasan. Terpulanglah kepada pasangan korang untuk menerimanya.


BILA 'CURI TULANG'

Awas kalau korang jenis yang curi tulang. Mungkin lecturer atau bos di tempat kerja dapat kesan korang curi tulang. Mengakulah kalau korang nak selamat dengan memberikan alasan yang logik, jangan memandai reka cerita yang menyebabkan korang kena tindakan disiplin. Bukan saja korang rugi malah korang akan malu dengan kawan sekeliling dan mungkin korang tidak lagi dipercayai oleh majikan korang. Awas!


BILA TAK SUKA PADA SESEORANG

Kalau boleh elakkan sikap hipokrit korang tuh. Jangan bermuka² jika korang tak suka pada seseorang. Cuba cari masa yang sesuai untuk berterus terang mengapa dan kenapa korang tak suka pada dia. Mungkin dengan cara begini korang dapat tolong si dia itu memperbetulkan sikapnya yang mungkin jugak tidak disenangi oleh orang lain. Selamat mencuba! Tapi awas! Gunalah cara diplomasi dengan kata² positif agar tidak mengecilkan hati si dia.


BILA KEMAHUAN MELEBIHI KEMAMPUAN

Jangan paksa diri korang untuk mendapatkan sesuatu yang mungkin tak mampu korang capai. Kalau kawan korang mampu pakai kereta mewah sebab kekayaan yang dimilikinya,janganlah korang 'paksa' diri korang untuk memiliki benda yang sama sepertinya. Akibatnya diri korang yang akan menanggung beban. Tidak salah untuk jadikan ia sebagai motivai tetapi biarla hasilnya ada di depan mata barulah korang boleh capai cita² itu.


BILA KASIH MULA BERUBAH

Jika hubungan korang sudah tidak dapat diteruskan lagi, cuba beterus terang pada si dia. Jangan membuatkan si dia masih menaruh harapan sedangkan korang sudah tidak ada hati padanya. Jangan membuatkan pasangan korang terluka dan tertunggu² kerana sikap korang itu.

Friday, February 20, 2009

Peraduan Foto Geng Mania!


Untuk memeriahkan lagi sambutan Geng : Pengembaraan Bermula yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara,pihak Les' Copaque telah menganjurkan peraduan khas untuk semua peminat setia GENG.

Pamerkan bakat kreatif anda! Sertai peraduan foto Geng Mania! Hantarkan gambar paling kreatif dan menarik anda bersama poster pawagam, bunting atau standee filem Geng dan anda berpeluang memenangi hadiah misteri khas dari pihak Les' Copaque. Emelkan gambar anda dalam format .jpg kepada contest@lescopaque.com sebelum 28.02.09 beserta maklumat diri. Gambar mestilah dalam bentuk asal dan tidak diedit dalam Photoshop.

Thursday, February 12, 2009

Jom Ramai² Kita serbu Pawagam Tengok Geng: Pengembaraan Bermula



Tak tau lah brape kali ili nak tulis pasal filem Geng nih...tapi yang pasti,ili takkan stop tulis pasal diaorg nih...hehehe....buat pengetahuan kawan² semua,filem Geng nih akan mula ditayangkan pada 12 Februari 2009(iaitu hari ni)yeahhhh!!! excited gler dah nih...so,kepada peminat Upin Ipin and Geng serta Les' Copaque Production,dun miss it ya!! Serbu je pawagam yang berdekatan.....penuhkan seat yang ade...give them your full support!

Sipnosis filem Geng : Pengembaraan Bermula

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.


Starring: Amir Izwan, Kee Yong Pin, Balqis, Kannan, Nur Fathiah, Ida Rahayu

Screenplay By: Muhammad Anas bin Abdul Aziz, Ehsan bin Azharuddin

Directed By: Mohd Nizam bin Abdul Razak

Produced By: Burhanuddin Md Radzi, Ainon Bte Ariff

~haa...tengok jangan xtengok…
jum kita ramai² serbu cinema hari nih….
cter best gler…
support animasi 3D pertama malaysia…
100% buatan malaysia dengan tenaga graduan anak² muda tempatan dari ipta/ipts tempatan!
bangga gler nih…(bersemangat tol haku ari ni…hehehe)

majulah animasi 3D untuk negara…

Tuesday, February 10, 2009

Ringtone Ekslusif Upin & Ipin

Korang minat Upin & Ipin tak?haa..ni adalah berita baik buat semua peminat dua beradik kembar yang cumel ini...Dapatkan nada dering upin & ipin yang terkini secara percuma..Terdapat 3 versi nada dering untuk digunakan pada telefon bimbit anda.

Jom ramai² kita download dan edarkan kepada member² serta ahli keluarga sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan filem Geng yang akan menggegarkan pawagam mulai esok(12.02.09...wahhh dah tak sabarnya!! :D

Ringtone ini juga boleh di download secara terus melalui laman web rasmi Upin & Ipin.



: : download jangan xdownload taw...
: : jom ramai² kita serbu pawagam esok...
: : berikan sokongan anda kepada filem animasi 3D pertama malaysia..
: : dijamin 100% buatan malaysia..
: : majulah animasi tempatan untuk negara!

:D

Tuesday, February 3, 2009

Takdir Manusia

Manusia mempunyai kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang diberikan oleh Allah kepadanya. Misalnya, kita manusia tidak dapat terbang. Ini merupakan salah satu ukuran atau batas kemampuan yang dianugerahkan Allah. Sesuatu ia tidak mampu melampauinya, kecuali jika menggunakan akal untuk menciptakan satu alat, namun akal juga mempunyai ukuran yang tidak mampu dilampaui..

Di sudut lain,kita manusia berada di bawah hukum² Allah sehingga segala yang kita lakukan juga tidak terlepas dari hukum² yang telah mempunyai kadar dan ukuran tertentu ( sunnatullah ). Hanya kerana hukum² tersebut cukup banyak, dan kita diberi kemampuan untuk memilih, maka kita dapat memilih yang mana
di antara takdir yang ditetapkan Tuhan terhadap alam yang kita pilih.

Api ditetapkan Tuhan panas dan membakar, angin dapat memberi kesejukan atau dingin: itu takdir Tuhan. Manusia boleh memilih api yang membakar atau angin yang sejuk. Di sinilah pentingnya pengetahuan dan perlunya ilham atau petunjuk Ilahi. Salah satu doa yang dipanjatkan Rasulullah SAW adalah Wahai Allah jangan biarkan aku sendiri dengan pertimbangan nafsu akalku saja, walau dalam sekejap.

Ketika Imam Ali ra sedang duduk bersandar di satu tembok yg ternyata rapuh, beliau pindah ke tempat lain. Beberapa orang di sekelilingnya bertanya, Apakah anda lari atau menghindar dari takdir Allah?

Ali menjawab, Saya lari atau menghindar dari takdir Tuhan kepada takdir-Nya yang lain.

Robohnya tembok, berjangkitnya penyakit adalah berdasarkan hukum² yang telah ditetapkanNya, dan bila seseorang tidak menghindar dia akan menerima akibatnya. Akibat yang menimpanya itu juga takdir, tetapi bila dia menghindar dan luput dari bahaya maka itupun takdir. Bukankah Tuhan telah menganugerahkan manusia kemampuan memilih? Kemampuan ini juga merupakan ketetapan atau takdir yang dianugerahkan -Nya. Jika demikian, manusia tidak dapat luput dari takdir, yang baik mahupun yang buruk.

Dan menjadi jelaslah kiranya bahawa adanya takdir tidak menghalang manusia untuk berusaha menentukan masa depannya sendiri, sambil memohon bantuan Ilahi.

Monday, February 2, 2009

upin&ipin dan kawan² kembali di tv9...


Upin & Ipin kembali lagi! Episod terbaru yang akan disiarkan di tv9 bermula 2 Feb 2009(iaitu hari ni) akan menampilkan kisah hidup seharian dua adik beradik kembar yang comel ini bersama kawan² mereka yang sememangnya akan mencuit hati! bet0l...bet0l...bet0l...


Jadual Tayangan Siri Upin & Ipin :

Isnin : Episod 1 (7:00 malam)
Selasa : Episod 2 (7:00 malam)
Rabu : Episod 3 (7:00 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:00 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:00 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:00 malam)
Ahad : Episod 1 + Episod 2 + Episod 3 (7.00 malam - 7.30 malam )

(episod yang lain akan mengikut konsep ini pada setiap minggu)
kepada peminat upin ipin,jangan ketinggalan taw...bak kata ipin...teng0k...teng0k...teng0k...
sama² kita menyokong animasi tempatan buatan 100% graduan anak² muda dari institusi pengajian tempatan..Majulah animasi tempatan untuk negara!! :)
p/s: takkan st0p tulis pasal upin ipin nih...luv u guys soooo much!